Categories
NASIONAL SELANGOR

Zahid : Penjenayah boleh ditembak sebelum siasatan – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 07102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1.Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhasrat mengembangkan penganjuran Karnival Soccerkids ke peringkat kebangsaan tahun hadapan berikutan sambutan menggalakkan yang diterima tahun ini.

2. PKR menggesa Dewan Negara yang mula bersidang hari ini sehingga 10 Oktober menolak pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 (PCA).

3. Kumpulan masyarakat sivil sering mendakwa polis menjalankan dasar tembak mati ke atas suspek penjenayah.Memetik laporan portal Malaysiakini, dakwaan itu nampaknya terbukti apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu ucapannya memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

4. Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan, bersetuju bahawa Malaysia merupakan antara negara yang menawarkan harga kereta yang mahal kepada rakyat disebabkan cukai kenderaan yang tinggi.

Categories
NASIONAL

PKR Gesa Dewan Negara Tolak pindaan RUU PCA 2013

fahmi-fadzilSHAH ALAM, 7 OKTOBER: PKR menggesa Dewan Negara yang mula bersidang hari ini sehingga 10 Oktober menolak pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013  (PCA).

Ini kerana Rang Undang-Undang ini bukan sahaja dibahaskan dalam masa yang amat singkat tetapi juga kerana pada dasarnya melanggar hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan satu kenyataan media berkata Senator yang dilantik perlu ingat bahawa tanggungjawab mereka bukan sahaja kepada nusa dan bangsa, tetapi juga kepada semangat hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan.

“Tindakan anti-demokratik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak ini amatlah ironis apabila kita diingatkan bahawa Malaysia adalah ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Jelas Malaysia akan menjadi bahan ketawa masyarakat dunia apabila universal periodic review (UPR) status hak asasi manusia bagi ahli-ahli badan tersebut diadakan 24 Oktober ini, seperti yang diingatkan Pengerusi SUHAKAM, TS Hasmy Agam hari ini,” katanya.

Rang Undang-undang PCA telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 2 Oktober lalu.