KUALA LUMPUR, 21 MAC: Rapid Rail Sdn Bhd, pengusaha rangkaian rel Rapid KL di Lembah Klang akan mengkaji semula kekerapan perkhidmatannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa ketika ini sehingga 31 Mac.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Hadi Amran berkata kekerapan perkhidmatan tren Rapid KL telah diubah kepada selang 10 minit, dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 4.30 petang hingga 7 malam pada Isnin hingga Jumaat.
“Kekerapan selang 30 minit semasa tempoh bukan puncak pada Isnin hingga Jumaat pula dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan 7 malam hingga 12 tengah malam. Bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum, perkhidmatan akan bermula pada 6 pagi hingga 12 tengah malam,ā menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
“Mulai hari ini sehingga 31 Mac, kami menasihati penumpang kami agar merancang perjalanan mereka dengan baik, jika mereka benar-benar perlu keluar untuk bekerja atau hal-hal penting yang lain. Jika tidak, kita semua hendaklah #dudukdirumah sahaja,” katanya.
– BERNAMA