Categories
AGENDA GLOBAL

PBB rancang sesi khas bincang Covid-19, adakan secepat mungkin

NEW YORK, 6 OKT: Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatau (PBB) pada Isnin berkata Perhimpunan Agung PBB (UNGA) “melangkah ke hadapan” dengan merancang untuk sesi khasnya mengenai Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

“Perhimpunan Agung bergerak maju dengan merancang satu sesi khas mengenai Covid-19. Ini merupakan kali pertama Majlis mengadakan sesi khas mengenai pandemik,” kata Brenden Varma, jurucakap presiden UNGA, dalam taklimat harian media.

“Hari ini, presiden mengirimkan surat kepada negara anggota dari pada fasilitator rundingan antara kerajaan mengenai sesi khas itu. Fasilitator bersama adalah wakil tetap Azerbaijan dan wakil tetap Kanada,” kata jurucakap itu.

“Surat itu berisi draf resolusi mengenai perkara ini. Rundingan mengenainya akan diadakan Rabu ini. Presiden akan menghadirinya,” kata Varma.

Mengenai tarikh mesyuarat, ia tidak akan ditetapkan sehingga resolusi itu diterima. Tetapi seperti yang dikatakan presiden pada sidang akhbarnya bulan lalu, beliau ingin melihat pertemuan itu berlaku sebelum akhir tahun ini, menurut Varma.

Ditanya mengapa begitu lama untuk UNGA mengadakan sesi khas mengenai Covid-19, jurucakap itu menyatakan presiden UNGA, dalam sidang medianya bulan lalu, menjelaskan bahawa pertemuan itu harus diadakan secepat mungkin. Sebenarnya, presiden UNGA menyatakan ia seharusnya diadakan kerana perbincangan mengenai isu ini sangat penting untuk kesihatan dunia.

Varma berkata negara-negara anggota kelihatan akan “bersatu” sekitar tarikh 3-4 Disember. Beliau menambah bahawa presiden juga bersedia untuk perkara tersebut.

-BERNAMA

 

Categories
KENYATAAN MEDIA

Resolusi Anak Muda Malaysia kecam konspirasi politik

Demi mempertahankan sistem kehakiman Negara kita, anak muda yang berasal daripada golongan mahasiswa, masyarakat sivil, parti politik, kumpulan aktivis, professional, pekerja dan sebagainya telah berhimpun dan membentuk sebuah gabungan anak muda Malaysia yang diberi nama KITA LAWAN.

Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan konspirasi politik yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar Ibrahim.

10978603_10153031546040295_4791035857339404122_nIni jelas menunjukkan bahawa kerajaan UMNO BN telah sekali lagi menyalahgunakan jentera kerajaan dan memusnahkan keyakinan anak muda Malaysia terhadap sistem kehakiman Negara kita.

Kita juga ingin menyeru rakyat Malaysia supaya menyertai himpunan yang bakal diadakan pada 7hb Mac 2015, jam 4.00 petang, hingga 8hb Mac 2015, bermula di SOGO, Kuala Lumpur.

KITA LAWAN mengemukakan 4 tuntutan anak muda Malaysia:

1.) Kami menuntut agar Perdana Menteri, Najib Razak meletak jawatan dengan segera kerana beliau bertanggungjawab atas konspirasi politik perbicaraan kes Anwar Ibrahim.

2.) Kami sedia menggembling semangat dan tenaga anak muda Malaysia untuk bersama melawan sehingga rejim zalim UMNO BN tumbang.

3.) Kami menuntut reformasi sistem kehakiman Negara bagi menjamin kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman.

4.) Kami menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat yang berjawatan dan telah mendapat mandat daripada rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-13 supaya turun bersama ke Himpunan Rakyat yang bakal dilangsungkan nanti.

 

Categories
SELANGOR

7 resolusi dilulus Konvensyen SAM Tahfiz Aliran Sains

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 NOV: Konvensyen Sekolah Agama Menengah Tahfiz Aliran Sains Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 meluluskan tujuh resolusi bagi mendokong hasrat pengintegrasian al-Quran dan sains ke arah kemenjadian guru.

Tujuh resolusi itu dibacakan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Luar Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Asmadi Mustakim.

Antara kandungan resolusi berkenaan adalah guru perlu mempunyai kesediaan untuk melaksanakan sistem pendidikan integrasi dan holistik berlandaskan ilmiah serta menubuhkan pusat latihan keguruan bagi melahirkan murabbi idaman.

jais1“Guru perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif serta pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran juga pembelajaran (PnP).

“Sistem pendidikan integrasi dan holistik diperlukan untuk memberi nafas baru kepada sistem konvensional berorientasi keikhlasan dan kasih sayang.

“Kuruikulum tahfiz perlu diperkasa dan ditambah nilai melalui pengintegrasian al-Quran serta sains juga perkaitannya dengan kehidupan di luar bilik darjah,” katanya.

Selain itu, Mohd Asmadi berkata, guru perlu menguasai pengetahuan pedagogi dan isi kandungannya di dalam penjayakan PnP yang berkualiti serta menjadikan pendidikan tahfiz sebagai wadah penyatuan ummah juga pencetus inovasi kepada pembangunan tamadun.

Yunus HairiTurut hadir dalam majlis penutup itu adalah Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad Yunus pecaya pasukan guru sedia ada mampu untuk mengorak langkah bagi merealisasikan impian itu memandangkan sekolah tahfiz aliran sains mula mendapat perhatian masyarakat.

Konvensyen selama tiga hari yang berlangsung sehingga hari ini itu disertai 155 orang guru seluruh Malaysia.

-NFN-