Categories
NASIONAL SELANGOR

PEKAWANIS hulur sumbangan rai Deepavali

Dr Xavier Jayakumar_ PEKAWANIS 01

SHAH ALAM 28 OKT: Persatuan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen serta ADUN dan Ahli Parlimen wanita (PEKAWANIS) memberi sumbangan perayaan bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan menjelang sambutan Deepavali.

Seramai 30 wanita yang kebanyakannya terdiri daripada ibu tunggal menerima sumbangan wang tunai RM100 serta beg cenderahati yang disampaikan ADUN Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar di Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Seri Andalas, di sini, baru-baru ini.

Pada majlis sama, penerima sumbangan turut membangkitkan beberapa masalah kesihatan yang dihidapi kepada Dr Xavier.

Dr Xavier Jayakumar_ PEKAWANIS 02

PEKAWANIS adalah persatuan yang menumpukan kepada gerak kerja kebajikan serta menguruskan rumah kebajikan di Shah Alam untuk wanita muda yang menghadapi masalah, selain menguruskan pusat dialisis di Klang.

Setiap kali sambutan perayaan, persatuan terbabit akan menyumbangkan RM3,000 untuk diagihkan kepada wanita atau keluarga miskin di setiap DUN.

-NFN-