Categories
BERITA UTAMA PILIHAN MINGGUAN SELANGOR

Penerima rumah sebak, ucap terima kasih kepada MB, LZS

KUALA SELANGOR, 24 APRIL: Penerima rumah sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebak ketika berkongsi perasaan mendiami kediaman baharu menjelang Aidilfitri.

Ibu tunggal, Asmah Suboh, 67, berkata sebelum ini dia bersama lapan anak tinggal sementara di rumah sewa di Kampung Sungai Yu dibiayai LZS.

“Saya menangis sebaik sahaja dimaklumkan terpilih menerima rumah baharu, perasaan saya bercampur baur hanya Allah sahaja tahu.

“Sejak kematian suami 19 tahun lepas, saya melakukan pelbagai kerja untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

Bagi Rahmat Idris, 59, sambutan Aidilfitri bersama isteri dan enam anak pada tahun ini paling bermakna dalam kehidupan mereka.

Penerima rumah sumbangan LZS, Rahmat Idris bercakap kepada media selepas Majlis Lawatan dan Penyerahan Kunci Rumah Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Permatang Pasir, Kuala Selangor pada 23 April 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Saya ucapkan terima kasih kepada LZS dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Insya-Allah rumah ini saya jaga elok-elok.

“Kami sekeluarga tidak pernah termimpi menerima rumah selesa seperti ini kerana saya hanya bekerja kampung selain mengutip barangan terpakai untuk dijual,” katanya.

Terdahulu seramai 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di Kampung Baru Pasir Penambang di sini menerima rumah baharu sumbangan LZS yang disampaikan Dato’ Menteri Besar.

Setiap keluarga menerima rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi bernilai antara RM86,000 hingga RM90,000 seunit serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

Sejak 2010 sehingga kini, LZS mengagihkan zakat berjumlah RM99.9 juta untuk membina sebanyak 2,283 unit rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

MB sampaikan bantuan rumah baharu kepada 13 keluarga asnaf

KUALA SELANGOR, 23 APRIL: Seramai 13 keluarga asnaf fakir dan miskin di Kampung Baru Pasir Penambang di sini menerima rumah baharu sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang disampaikan Dato’ Menteri Besar.

Setiap keluarga menerima rumah tiga bilik berkeluasan 800 kaki persegi bernilai antara RM86,000 hingga RM90,000 seunit serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan air.

“Semua rumah baharu ini dibina atas tanah milik Kerajaan Negeri yang menjadi contoh kerjasama dengan pelbagai agensi demi kebaikan rakyat Selangor.

“Kita berharap lebih banyak pihak tampil bekerjasama dengan kita untuk memenuhi pelbagai keperluan golongan tidak bernasib baik di negeri,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Bantuan Bina Rumah hari ini.

Sejak 2010 sehingga kini, LZS mengagihkan zakat berjumlah RM99.9 juta untuk membina sebanyak 2,283 unit rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Categories
AGENSI SELANGOR

LZS bina rumah baharu, salur bantuan kepada balu anak lima

SHAH ALAM, 12 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu membina rumah baharu untuk balu lima anak yang mana empat daripadanya adalah pelajar tahfiz.

Agensi berkata Arlyiza Ramli yang sebelum ini tinggal di Kuala Selangor hanya menjana pendapatan dengan mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

“Namun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kebanyakan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke rumahnya menyebabkan beliau hilang punca pendapatan.

“Pihak zakat juga mengambil inisiatif membantu beliau dari segi kewangan dan makanan bulanan, yuran serta keperluan sekolah bagi meringankan bebannya,” kata LZS menerusi Facebook.

Tambahnya, kesemua sumbangan adalah hasil caruman zakat orang ramai.

“Semoga Allah memberkati harta dan kehidupan para pengeluar zakat dan asnaf di negeri Selangor,” katanya.

Categories
AGENSI SELANGOR

Dua keluarga Orang Asli Semenyih terima rumah baharu

SHAH ALAM, 29 DIS: Dua lagi keluarga dari perkampungan Orang Asli di Semenyih menerima kunci rumah baharu semalam.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata rumah bernilai RM93,000 yang didirikan di atas tanah adat bagi menggantikan rumah mereka yang uzur.

“Alhamdulillah, dua lagi keluarga di Perkampungan Orang Asli, Kampung Kachau Dalam, Semenyih menerima kunci rumah baru mereka.

“Di penghujung tahun 2020, kami masih terus menyalurkan zakat yang anda tunaikan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.