Categories
SELANGOR

Rakyat sambut baik usaha Selangor perkenal Rumah Selangorku

Oleh: AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 23 FEB: Rakyat Selangor menyambut baik usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan projek Rumah Selangorku yang menjadi perintis ke arah perlaksanaan misi ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ bagi memenuhi impian golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Rumah SelangorkuSelangor Kini berkesempatan menemuramah beberapa pengunjung yang hadir pada sesi pelancaran dan pecah tanah projek ini yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rata-rata mereka yang ditemui mengakui kesukaran untuk memiliki rumah pertama disebabkan harga pasaran yang tinggi ditambah dengan skala pendapatan bulanan yang kecil.

Bagi Mohd Robaai Mustajam, 49, peluang rumah mampu milik sebegini diharapkan dapat memberikan sinar baru kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri terutama mereka yang disenarai hitam oleh bank akibat bebanan hutang.

DSC_3954Katanya, berdasarkan pengalaman kawan-kawannya sendiri, ada antara mereka yang dimufliskan pihak bank kerana kegagalan membuat bayaran semula pinjaman yang dibuat untuk menjalankan perniagaan satu ketika dahulu.

“Saya tengok, Alhamdulillah projek ini bagus. Apa yang MB sebutkan menggalakkan teutama untuk rakyat yang tidak ada rumah sebab ramai kawan-kawan yang tidak ada rumah di Selangor terutama di Lembah Klang.

“Walaupun ada pendapatan, tapi mereka tiada peluang kerana bank tidak memberikan kerjasama untuk beri pinjaman.

“Hanya boleh duduk di rumah sewa lebih 20 tahun. Dulu buat pinjaman sebab perniagaan. Dengan apa yang sebutkan ada harapan untuk kemampuan, kemampuan untuk membuat pinjaman,” katanya.

DSC_3959Idham Hafiz Haslan, 29, yang baru mendirikan rumah tangga dan memilik seorang anak melihat keprihatinan kerajaan dengan menampilkan inisiatif sebegini wajar disokong kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat yang memerlukan.

“Projek ini baik untuk rakyat selangor sebab sekarang ini kita tahu nak cari rumah pun susah. Kalau kerajaan bantu dengan pembinaan rumah kos rendah itu adalah sesuatu yang baik,” katanya yang kini masih tinggal bersama ibu bapa di Hulu Kelang dan bekerja sebagai ‘Freelancer’ teknologi maklumat.

Sementara itu, Hashim Ismail, 36, pula berpandangan harga yang ditawarkan Kerajaan Negeri dilihat lebih murah berbanding dengan pasaran semasa dan sesuai dengan kemampuan rakyat untuk memilikinya.

EZY

Categories
SELANGOR

MB: RM100 juta rizab negeri bina ‘Rumah Selangorku’, pastikan rakyat mampu miliki rumah

Oleh: AFIX REDZUAN

HULU KELANG, 22 FEB: Projek ‘Rumah Selangorku’ pertama yang akan dibina di Sungai Sering, Hulu Kelang akan menggunakan RM100 juta daripada rizab Kerajaan Negeri yang berjumlah RM3 bilion.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan RM100 juta itu digunakan sebagai modal pusingan membina rumah mampu milik tanpa perlu Kerajaan Negeri membuat pinjaman bank.

MB“Rumah kos rendah tidak akan diabaikan dengan pembinaannya diteruskan untuk menjaga kebajikan golongan yang kurang berkemampuan,” kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pecah Tanah ‘Rumah Selangorku’ pertama di negeri itu di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, di sini.

Abdul Khalid berkata konsep ‘Satu Keluarga, Satu Kediaman’ adalah supaya rakyat dapat memiliki rumah sendiri memandangkan harga ditawarkan pasaran membebankan golongan kurang berkemampuan.

Rumah SelangorkuKatanya, Eco World Development Sdn Bhd dilantik selaku pemantau projek itu selain bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang akan memastikan keselamatan cerun di kawasan pembinaan.

Projek pembangunan Rumah Mampu Milik pertama ini akan dibangunkan di atas tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) pada keluasan 55 ekar.

Kerja pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh enam bulan selepas mendapat kelulusan pembangunan serta pelantikan kontraktor selesai.

Hampir 2,400 unit rumah akan dibina melalui projek perintis ini dengan keluasan 900 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan menggunakan konsep pembinaan secara pasang siap (IBS).

“Jika ini berjaya dilakukan, pembeli rumah akan tahu nilai dan harga rumah yang dibeli dan kerajaan akan menjual pada kos
pembinaan, bukannya pada kadar mendapatkan keuntungan,” kata Abdul Khalid.

DSC_3868Beliau berkata keutamaan adalah kepada yang melum memiliki rumah, pasangan baru berkahwin, memiliki anak yang ramai dan pendapatan isi rumah antara RM3,000-RM8,000.

Abdul Khalid sebelum itu menandatangani perjanjian persefahaman bersama CEO Eco World Development Sdn Bhd, Datuk Chang Khim Wah dan Pengarah Eksekutif LPHS, Norazaton Aini Mohd Kassim.

“Projek ini dengan konsep bukan sahaja Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah tetapi wang pusingan yang dijangkakan RM100 juta dan akan digunakan dalam proses pembinaan itu.

“Untuk menentukan perjalanan projek ini dilakukan, kita telah meminta Eco World bertindak selaku pemantau projek secara telus,” kata Abdul Khalid.

MB SelangorSementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Eco World Development, Datuk Chang Khim Wah menjangkakan projek ini dapat diselesaikan dalam masa lima tahun melalui tiga fasa pembinaan.

“Kita jangkakan pembinaan fasa pertama berjumlah 1,000 unit siap dalam masa tiga tahun,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Projek Rumah Selangorku dilancar MB pada 22 Feb ini

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 20 FEB: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan mengadakan Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Projek Rumah Selangorku di Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Gombak pada 22 Februari (Sabtu) ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadualkan akan hadir merasmikan majlis pecah tanah itu yang bermula jam 10.00 pagi.

.Majlis menandatangani “Memorandum of Understanding” antara Menteri Besar (Pemerbadanan), Lembaga Perumahan dan Hartanah dan Ecoworld Development Sdn Bhd turut dijadualkan berlangsung.

Turut dijangka hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Kerajaan Selangor akan memulakan projek Perumahan Mampu Milik atau Rumah Selangorku untuk memberi peluang rakyat negeri ini khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kediaman.

Abdul Khalid sebelum ini berkata Majlis Pecah Tanah itu adalah projek perintis dan pembinaan dijangka dimulakan dalam tempoh enam bulan kemudian selepas kelulusan pembangunan serta perlantikan kontraktor selesai.

Rumah Selangorku ini akan dibangunkan di sebahagian tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berkeluasan 28 hektar di Sungai Sering, Hulu Klang, memandangkan permintaan untuk rumah mampu milik amat tinggi di kawasan berkenaan.

Lebih 2,000 unit rumah akan dibina menerusi projek perintis ini yang terdiri daripada tiga jenis keluasan iaitu 800 kaki persegi, 900 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Projek Perintis Rumah Selangorku ini mengandungi lapan blok yang akan dibina dalam empat fasa dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun setengah.

Kos keseluruhan Projek Perintis Rumah Selangorku ini dianggarkan berjumlah RM591 juta termasuk kos membina jalan keluar masuk, menaik taraf surau menjadi masjid, membina sistem pembentungan dan naik taraf sistem perpaipan.

Pembinaan Rumah Selangorku ini akan mengguna pakai kaedah Industrial Building System (Pre-Fabricated – IBS) atau pasang siap bagi mempercepatkan tempoh pembinaan berbanding kaedah konvensional.

Projek ini adalah sebahagian daripada 5,000 unit rumah mampu milik berkonsepkan pasang siap yang disasarkan dibina bagi tempoh 5 tahun sehingga 2018 daripada 35,000 unit yang disasarkan keseluruhannya.

EZY

 

JURNAL BERITA – MB : Selangor guna rizab negeri bina rumah mampu milik

1. MB: Selangor bina lebih 2,000 unit Rumah Mampu Milik, Rumah Selangorku

2. MB : ‘Saya sudah janji bertindak telus, demi rakyat Selangor’

3. MB keluar duit sendiri, tidak guna rizab negeri untuk PRK Kajang

4. Abdul Khalid : Isu jawatan MB boleh bincang dalam mesyuarat PR

5. MB: Demi rakyat, ketelusan dan kebertanggungjawaban jadi keutamaan

6. Exco: Anwar: Pertahan Selangor daripada dirampas Umno-BN

7. Bekas ADUN : Anwar cemerlang di Kajang

8. Belum mula kempen PRK, aktiviti tahunan berkunjung ke Kajang

9. Chin Cheh tidak akan letak jawatan kalau Anwar tidak jadi calon

10.Jentera wanita PKR perlu bergerak agresif, bantu tingkat undi golongan terbabit

11.Politik samseng makin memuncak di Malaysia

12.Pelakon sitkom Kopitiam 88 tidak terlibat video Onederful M’sia

13.Exco: KAFA Menengah usaha Selangor perkasa pendidikan Islam

14.Jadikan hafaz dan hayati Al-Quran cara hidup berjaya

15.Harap SPR tidak ‘lupa’ goncang dakwat kekal secukupnya

16.Futsal Piala Datuk Bandar Shah Alam kembali lagi

17.Sukma: Selangor sasar sukan tinju perolehi 3 emas