Categories
AGENSI SELANGOR

Mayat kanak-kanak hanyut dalam longkang di Seksyen 26 ditemui

SHAH ALAM, 27 SEPT: Mayat mangsa lemas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, yang terjatuh ke dalam longkang di Jalan Bunga Tanjung 4, Kampung Baru Hicom dekat sini semalam ditemukan pagi ini.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata mayat mangsa ditemukan orang awam di dasar longkang dengan jarak 15 meter dari tempat mangsa dipercayai jatuh, pada pukul 8.42 pagi.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa sebelum ini dilaporkan dikhuatiri hanyut dibawa arus deras selepas terjatuh ke dalam longkang pada 6.18 petang semalam.

-BERNAMA

#AduanRakyatSelangor Penyewa PPR Selangor terbela


Berbagai masalah yang membelenggu penduduk PPR dapat diatasi dengan penubuhan Perumahan Hartanah Selangor Sdn Bhd .

Categories
SELANGOR

APA KES? Satu jalan banyak permintaan

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 5 JAN: Status Jalan Bukit Hijau 26/24, Taman Bukit Saga, Seksyen 26, di sini, terus menjadi pertikaian antara penduduk kawasan berkenaan.

Sebelum ini, penduduk membangkitkan isu keselesaan dan jaminan keselamatan dalam kawasan kediaman ekoran laluan itu menjadi jalan pintas pelbagai kenderaan termasuk lori untuk mengelakkan kesesakan trafik di waktu puncak dari Persiaran Klang untuk ke Puchong.

J1Bertindak di atas aduan penduduk, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menutup laluan masuk berhampiran stesen minyak itu.

Bagaimanapun, tindakan penutupan laluan itu kurang disenangi penduduk setempat kerana mereka terpaksa membuat pusingan u sejauh dua kilometer untuk masuk ke Ttaman perumahan jika datang dari arah Puchong/Putrajaya/Cyberjaya.

Prihatin dengan keluhan penduduk, MBSA melalui Jawatankuasa Infrastrukturnya membuka kembali jalan itu dan membina penghadang, yang mana laluan dikecilkan khusus untuk susur masuk ke taman berkenaan.

Bagaimanapun, laluan itu disalah guna apabila kenderaan dari arah keluar dan masuk masih melaluinya, sekali gus menimbulkan masalah kesesakan trafik di waktu puncak.

Keadaan bertambah teruk apabila kenderaan berat melalui susur masuk kecil itu sehingga jalan dan binaan penghadang rosak serta berlubang.

Hari ini, penduduk kembali bersuara berhubung status jalan berkenaan dan hasil tinjauan Selangor Kini ke lokasi berkenaan berjaya memperoleh pelbagai pendapat daripada mereka.

KAMALZAMAN AHMAD, 62Penduduk, Kamalzaman Ahmad, 62, berkata kewujudan penghadang di laluan masuk itu menyukarkan aliran trafik dan menjadi punca kesesakan di waktu puncak.

“Masalah menjadi semakin rumit, kenderaan terpaksa beratur untuk keluar atau masuk di laluan itu. Keadaan menjadi lebih serius apabila waktu petang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Alias Salio, 32, berpandangan laluan perlu itu ditutup demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

“Depan rumah saya jadi laluan utama dan khuatir keselamatan anak yang bermain di luar rumah. Setiap petang, kenderaan berpusu-pusu lalu di hadapan rumah tidak ubah seperti berada di hadapan jalan raya besar,” katanya.

MUSTAFA ZAINAL, 59Bagi, Mustafa Zainal, 59, beliau berpendapat laluan itu perlu dikekalkan supaya penduduk mempunyai pilihan dan tidak hanya bergantung dengan satu laluan sahaja.

“Laluan itu perlu, kalau tidak penduduk hanya mempunyai satu laluan untuk keluar dan masuk.

“MBSA perlu tingkatkan mutu infrastruktur di laluan itu. Jalan dan penghadang yang rosak perlu dibaiki dan mungkin palang besi wajar dibina bagi menghalang kenderaan berat melaluinya,” katanya.

Untuk rekod, kawasan berkenaan adalah sempadan wilayah seliaan MBSA dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Selangor Kini akan menghubungi MBSA bagi mendapatkan reaksi berhubung perkara yang dibangkitkan penduduk di situ.

-NFN-