Categories
SELANGOR

PR sambut baik Anwar kekal Penasihat Ekonomi, BN minta cari ganti

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 FEB: Hasrat Kerajaan Selangor mengekalkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi disambut baik.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, Selangor wajar menerima nasihat dan kepakaran yang dimiliki Anwar dalam soal ekonomi.

“Saya menyokong sepenuhnya keputusan itu. Adalah satu kerugian jika kebolehan dan kepakaran yang ada pada Anwar tidak digunakan sepenuhnya dalam membantu merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Selangor.

ngsueelim“Dalam dunia hari ini, tiada halangan untuk Kerajaan Negeri menerima nasihat dan tunjuk ajar Anwar kerana kita punyai banyak medium untuk berinterasi,” katanya kepada Selangor Kini.

Semalam, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memutuskan kepimpinannya akan mengekalkan peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun beliau sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun.

Mohamed Azmin berkata, ketiadaan Anwar di luar bukan satu halangan bagi Selangor daripada mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar beliau.

Bagaimanapun, bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias menzahirkan pandangan yang berbeza dengan mengesa Kerajaan Negeri mencari calon Penasihat Ekonomi Selangor baharu.

Katanya, Anwar sudah tidak relevan berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya bagi tuduhan kes Fitnah 2 dan kehilangan darjah kebesaran dari Istana Selangor.

Datuk Shamsudin Lias“Seperti yang pernah dibangkitkan saya sebelum ini, Anwar sebagai penasihat ekonomi, apa yang menguntungkan Selangor ?

“Adakah Pakatan Rakyat ketandusan calon berkelayakan untuk mengalas peranan itu?

“Saya masih dengan pendirian sebelum ini, peranan itu perlu diganti. Kalau sebelum masuk penjara pun saya sudah saran, inikan pula beliau dipenjarakan,” katanya.

Sebelum ini, Shamsudin pernah membangkitkan perkara sama dengan dakwaan penarikan kembali gelaran ‘Datuk Seri’ yang dikurniakan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mewujudkan persoalan integriti ke atas Anwar, ketika sidang Dewan Negeri Selangor, November lalu.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Shamsudin Lias: Tunggu sidang media Isnin ini

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 6 DIS: Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor (DNS), Datuk Mohd Shamsudin Lias akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan keputusan sama ada akan menerima atau menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC).

Ketika dihubungi Selangor Kini, beliau memaklumkan, sidang media itu akan diadakan di pejabat DNS, jam 10 pagi, pada 8 Disember ini..

shamsudin lias 3“Tunggu hari Isnin. Saya akan buat satu sidang media di Pejabat DNS, pada jam 10 pagi,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong.

Dewan sebelum ini meluluskan pindaan Peraturan Tetap 68(1) supaya Ketua Pembangkang dilantik menjadi Pengerusi PAC yang turut disertai seorang ADUN Barisan Nasional (BN) dan lima lagi anggota lain daripada ADUN Pakatan Rakyat (PR).

Mohd Shamsudin berkemungkinan besar berdepan dengan tuntutan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang jika menolak pelantikan berkenaan.

-NFN-

Categories
SELANGOR

BN Selangor: Usul tergempar Akta Hasutan gimik Kerajaan Negeri

Oleh : NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 3 DIS: Usul tergempar gesa Kerajaan Pusat mansuh Akta Hasutan 1948 hanya gimik politik Kerajaan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Shamsuddin Lias.

Katanya, semua ADUN Barisan Nasional (BN) membuat pendirian untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan itu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah memberi kenyataan untuk mengekal dan menambahbaik akta terbabit.

“Usul berkenaan hanya gimik politik untuk menimbulkan isu dan membangkitkan perasaan tidak baik kepada rakyat atas asas rasional mereka iaitu kebebasan bersuara.

shamsudin lias“Saya hendak tegaskan kebebasan bersuara ini tertakluk kepada perlembagaan perkara 10(2) dinyatakan rakyat bebas bersuara tetapi kebebasan bersuara ini bukan sesuatu yang mutlak,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

ADUN Sungai Burong itu berkata, usul berkenaan harus dibincangkan di peringkat pusat kerana ia melibatkan undang-undang Persekutuan, bukan Kerajaan Negeri.

“Kita tidak perlu untuk membahaskan kerana perkara ini tanggungjawab pihak Persekutuan di bawah peruntukan jadual 9 perkara keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

sidang dun 04Dewan Negeri Selangor (DNS) yang bersidang hari ini meluluskan usul tergempar menggesa Kerajaan Pusat memansuhkan Akta Hasutan 1948.

Usul yang dibawa Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) itu disokong Saari Sungip (PAS-Hulu Kelang), Tiew Way Kang (DAP-Teratai) dan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) dan diluluskan DNS sebulat suara tanpa sebarang bantahan.

-NFN-