Categories
NASIONAL

Pemergian Sharifah Aini jadi ‘trending’ di Twitter

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 JUL: Perginya sebutir bintang yang juga Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini sememangnya meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama kepada industri seni negara.

Sharifah Aini atau lebih mesra disapa Kak Pah, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat jangkitan pada bahagian paru-paru, pada jam 1.26 pagi tadi.

Mengambil kesempatan itu, orang ramai menggunakan laman sosial untuk berkongsi rasa sedih dan simpati mereka terhadap kehilangan allahyarhamah sehingga ia menjadi ‘trending’ di Twitter.

Sharifah AiniPensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah dalam tweetnya menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga biduanita negara itu dan meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan allahyarhamah.

“Al-Fatihah buat seniwati dan biduanita Datuk Sharifah Aini (2 Julai 1953 hingga 5 Julai 2014) yang telah kembali ke sisi Allah. Semoga Almarhum ditempatkan di sisi para Kekasih-Nya,” katanya.

Tidak terkecuali, beberapa pemimpin dan tokoh politik turut mengambil peluang sama merakamkan ucapan takziah mereka buat keluarga Sharifah Aini.

Antaranya, Ahli Parlimen Gelugor, Ram Karpal Singh yang menulis, “My deepest and heartfelt condolences to the family of Datuk Sharifah Aini,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menggunakan peluang sama di twitternya untuk berkongsi berita sedih itu.

“Saya sedih atas pemergian biduanita Datuk Sharifah Aini. Semoga ditmpatkan dalam kalangan yang beriman. Al-fatihah.”

ramkarpalsSelain itu, rakan artis seperti Remy Ishak, Faizal Tahir, Yasmin Hani, Yuna, Harith Iskandar dan Arja Lee juga mengambil peluang sama menyampaikan ucapan takziah mereka di laman sosial.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Abdul Khalid ucap takziah kepada keluarga Sharifah Aini

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 5 JUL: Awal pagi ini, negara dikejutkan dengan berita pemergian biduanita terkenal, Datuk Sharifah Aini yang disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

Berita sedih itu dikongsi secara meluas di laman sosial seperti Twitter dan Facebook yang kebanyakannya meluahkan rasa sedih mereka di atas pemergian allahyarhamah yang juga bintang besar dalam industri seni tanah air.

Tidak terkecuali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga allahyarhamah Sharifah Aini dan berdoa supaya rohnya sentiasa dicucuri rahmat.

Sharifah Aini“Mendapat khabar pagi ini bahawa Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini pergi meninggalkan kita.

“Takziah kepada keluarga allahyarhamah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang terbaik. Al-fatihah,” tulisnya di Twitter.

Allahyarhamah yang juga dikenali sebagai Kak Pah, 61, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Beliau meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital susulan kesukaran bernafas awal pagi 30 Jun lalu.

pic tan sri khalid tokoh reformasiTitik tolak Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam dan allahyarhamah kemudian disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Kak Pah pernah merakamkan 93 buah album termasuk 7 album Inggeris dan antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung serta Kau Tinggi Di Awan Biru.

Hasilnya, nama Kak Pah terukir dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan sebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album serta menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Biduanita Sharifah Aini meninggal dunia

SHAH ALAM, 5 JUL: Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara, jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarham yang menerima gelaran Biduanita Negara pada tahun 2006 itu dimasukkan ke pusat rawatan berkenaan oleh anaknya, Aliff Omar ekoran kesukaran bernafas awal pagi, 30 Jun lalu.

sharifah aini new2 Kak Pah mula menjadi artis selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan lagu Tiga Malam, sebelum disunting menjadi artis rakaman EMI dan terus bertahan dengan label itu selama 38 tahun.

Kak Pah berjaya mengukir nama dalam The Malaysia Book of Records sebagai penyanyi paling lama dengan syarikat rakaman dan memiliki 135 album.

Al-Fatihah

-NFN-