Categories
SELANGOR

Speaker: Laporan media DNS lulus operasi DEIG dihentikan tak benar

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 OGOS: Laporan media yang mendakwa Dewan Negeri Selangor (DNS) meluluskan usul operasi Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) dihentikan tidak tepat, kata Speaker DNS, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, DNS semalam hanya mendengar pembentangan Penyata Jawatankuasa Pilihan Mengenai Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat Kerajaan Negeri (JP-ABAS) sebelum dibahas dan diluluskan untuk diteliti Kerajaan Negeri.

“Ada laporan berita mengatakan apa yang diluluskan semalam adalah usul menghentikan operasi DEIG. Itu tak benar tetapi apa yang diluluskan adalah penyata berkenaan DEIG dan ia adalah dua perkara yang berbeza.

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“Dewan hanya membentang, membahas dan meluluskan penyata. Ini adalah saranan jawatankuasa ini tetapi Kerajaan Negeri tidak diwajibkan mengikut semua yang ada dalam penyata itu,” katanya pada sidang media di Lobi DNS, di sini, hari ini.

Hannah berkata, dua perkara yang disarankan JP-ABAS dalam penyata itu adalah cadangan supaya Kerajaan Negeri menyediakan kertas putih untuk maklumat orang ramai dan mewajibkan MBI membentangkan laporan tahunan kepada DNS.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu memberi maklum balas kepada DNS pada persidangan yang dijadualkan diadakan pada November nanti.

“Kerajaan Negeri perlu memberi maklum balas. Ia akan diberikan pada sidang DNS akan datang iaitu pada November dan disebabkan itu ada masa untuk menyemak dan meneliti penyata yang disediakan jawatankuasa pilihan ABAS,” katanya.

-NFN-

Warga emas diberi peluang lawat DUN Selangor.

Penerangan mengenai perjalanan sidang dewan diberikan oleh Speaker Selangor Hannah Yeoh dan dibantu oleh ADUN Kinrara Ng Sze han