Categories
AGENDA NASIONAL PILIHAN MINGGUAN

Sultan perkenan pembukaan DUN Selangor pada 14 Mac

SHAH ALAM, 20 JAN: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi Penggal Ke-14, 2022 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.

Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim berkata pembukaan sidang DUN kali ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan dengan pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan Covid-19 yang ketat.

“Persidangan kali ini dilaksanakan seperti yang dijadualkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor untuk istiadat pembukaan. Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan baginda yang akan menyentuh berhubung insiden banjir baru-baru ini dan lain-lain isu.

Pertanyaan mulut dan bertulis juga kita jangka perkara ini yang akan (banyak) dibangkit (isu banjir). Itu mungkin antara agenda utama akan dibahaskan oleh ahli dewan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ditanya adakah sidang DUN Khas untuk membincangkan isu banjir akan diadakan, Ng berkata beliau setakat ini belum menerima usul berhubung pelaksanaan sidang itu daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Jadi kita mungkin akan teruskan kepada istiadat pembukaan bulan Mac ini seperti yang dijadualkan. Mungkin tidak ada (sidang DUN Khas),” katanya.

– BERNAMA

Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Pencemaran, kerosakan paip punca utama bekalan air terganggu

SHAH ALAM, 7 NOV: Bekalan air di Selangor sentiasa pada tahap mencukupi namun keadaan itu diburukkan dengan masalah pencemaran dan juga kerosakan paip oleh pihak ketiga.

EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, kejadian itu menyebabkan timbul persepsi seolah-olah bekalan air di Selangor dalam keadaan tidak cukup.

“Sebenarnya kita terpaksa menghentikan seketika bekalan air hanya disebabkan untuk kerja baik pulih jika berlaku kerosakan paip ataupun pencemaran.

“Walaupun Selangor mempunyai penduduk yang ramai, tetapi bekalan air kita mencukupi,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku, sejak akhir-akhir ini.

Izham berkata, walaupun masalah kerosakan dan pencemaran dilakukan orang lain, namun yang menjadi mangsa ialah Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Kecuaian yang dilakukan ialah tanggungjawab orang lain tetapi yang terpaksa menjawab kepada masyarakat ialah Air Selangor, kerana itulah orang beranggapan masalah terbabit datang dari mereka,” katanya.

PRU14 : PAS tanding 25 kerusi DUN Selangor


PAS cadang tambah 5 kerusi lagi untuk ditandingi pada PRU-14

Warga emas diberi peluang lawat DUN Selangor.

Penerangan mengenai perjalanan sidang dewan diberikan oleh Speaker Selangor Hannah Yeoh dan dibantu oleh ADUN Kinrara Ng Sze han

JURNAL BERITA – BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

1. MB : HORAS mampu bekal air bersih lebih 600 juta liter sehari –

2.PRK Kajang: Anwar cadang kempen secara minimum, elak pembaziran –

3.Nik Aziz cabar Umno-BN tidak letak calon PRK Kajang –

4.PRK Kajang : Guan Eng sokong pencalonan Anwar –

5..Rafizi : Pencalonan Anwar untuk kukuh benteng di Selangor

6. PRK Kajang : BN tandus pemimpin berwibawa lawan PKR

7. KJ boleh jadi selebriti politik, sembunyi tekanan Anwar sertai DUN Selangor

8.Lim Kit Siang : Rakyat mahu negara aman, elak peristiwa 13 Mei berulang

9.32 kanak-kanak, remaja dirai sempena Tahun Baru Cina

10.Denggi : 16 kawasan di Klang berisiko denggi

11. MPS rampas 3 pemancar telekomunikasi, syarikat gagal perbaharui permit

12.MPBJ naik taraf Bulatan Othman, atasi masalah trafik

13.KASE yakin BN tidak akan batal pelaksanaan AES