Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Stadium Malawati Shah Alam jadi Pusat Penilaian Covid-19 mulai esok

SHAH ALAM, 7 FEB: Stadium Malawati, di sini akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bagi daerah Petaling, mulai esok.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata CAC itu akan menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 berikutan kapasitinya yang boleh menampung lebih ramai pesakit Covid-19.

“CAC di Dewan MPSJ hanya mempunyai kapasiti seramai 500 pesakit sehari berbanding CAC di Stadium Malawati yang boleh menampung sehingga 1,500 pesakit…keputusan ini dibuat berikutan jumlah kes baharu di daerah Petaling yang meningkat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata CAC itu akan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada Ahad.

CAC itu akan memainkan peranan untuk menilai pesakit Covid-19 sebelum menempatkan mereka di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Serdang atau hanya diarah menjalani kuarantin di rumah, katanya.

Beliau berkata selain Stadium Malawati, CAC turut beroperasi di lapan daerah lain seperti di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Stadium Malawati mendapati petugas Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Pertahanan Awam sibuk membuat persiapan bagi memastikan operasi CAC berkenaan berjalan lancar esok.

Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp bahawa Stadium Malawati akan dijadikan CAC berikutan peningkatan jumlah kes yang tinggi di daerah Petaling.

-BERNAMA

 

Selangor Islamic Festival mampu jana ekonomi Selangor

Selangor Islamic Festival 2015 bakal di adakan pada 30 & 31 Mei ini bertempat di Stadium Malawati Shah Alam.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Himpunan solidariti ummah, 6 September

gambar hiasan
gambar hiasan

SHAH ALAM, 27 OGOS : Orang ramai dijemput hadir ke Himpunan Solidariti Umat Islam pada 6 September ini sebagai keperihatinan terhadap penderitaan umat Islam di Mesir, Syria, Palestin, dan Rohingya.

Pengarah Himpunan Mohamad Raimi Ab Rahim, berkata turut hadir adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyampaikan ucaptamanya yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.

Katanya, Himpunan ini akan bermula dengan solat maghrib serta bacaan Qunut Nazilah sebelum diikuti solat hajat serta munajat perdana.

“Himpunan juga merupakan kesinambungan daripada siri-siri himpunan serupa yang diadakan secara aman di seluruh dunia dan dalam negara.

“Mesejnya cukup jelas, bahawa kami rakyat Malaysia sememangnya cintakan kedamaian dan mengutuk sekeras-kerasnya penindasan dan kezaliman yang sedang berlaku.

Justeru kita menjemput semua rakyat untuk hadir beramai-ramai ke Himpunan yang bertemakan simbol ?R4BIA? ini sebagai tanda sokongan” jelas Raimi dalam kenyataan medianya kepada TVSelangor.

Kata beliau, himpunan ini akan disusuli pula dengan penganjuran seminar ?World Conference On Islamic Resurgence: Challenges, Prospects And The Way Forward?.

Ianya bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada keesokan harinya (7 September).

“Konferen ini akan menampilkan pengarang buku yang sensasi ketika ini iaitu ?Inside Muslim Brotherhood: The Truth About The World?s Most Powerful Political Movement?, Douglas Thompson dari United Kingdom.

“Beliau dijangka akan membicarakan secara mendalam mengenai kisah dalaman Ikhwan Muslimin dan peranannya di peringkat antarabangsa dalam konteks hubungan Islam-Barat,? jelas Raimi yang juga Setiausaha Agung ABIM.

Katanya, program ini turut menampilkan tokoh berwibawa untuk membincangkan halatuju kebangkitan Islam pasca Arab Spring di seluruh dunia pada masa akan datang berdasarkan perkembangan semasa di Mesir, Syria, Tunisia, Palestin dan Bangladesh.

Segala makluman lanjut berhubung program boleh dibuat dengan merujuk pada laman web rasmi seminar (http://iresurgence.webs.com/) serta menghubungi Sekretariat Seminar di talian 03-41084500 atau pun sms kepada 019-3836700 dan emel ([email protected]).