Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Raja Muda serah makanan, duit raya kepada anak yatim

KAJANG, 28 APRIL: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli menyerahkan sumbangan Aidilfitri kepada Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim dan Miskin Anak Yatim Rukaiyah, Sungai Merab hari ini.

Antara yang disumbangkan Tengku Amir Shah adalah barang makanan, biskut raya, pelitup muka dan komputer riba manakala 33 penghuninya menerima duit serta baju raya.

Baginda turut berkenan meluangkan masa meninjau pusat jagaan itu selain beramah mesra bersama penghuni serta kakitangannya.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Komuniti Belia Selangor (SAY) berkata sumbangan terbabit menerusi program Sunway Raya Cheer yang dijalin bersama Sunway Group.

Nurul Azwa Mohd Rodzi berkata kerjasama memasuki tahun ke empat itu membabitkan 190 anak yatim dari empat rumah kebajikan dengan peruntukan hampir RM28,000.

“Selain rumah kebajikan ini, sumbangan turut diberi kepada Persatuan Kebajikan dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih di Cheras serta Pusat Jagaan Darul Sakinah Angkasa dan rumah anak yatim bukan Islam, Shelter Home For Children di Petaling Jaya.

“Tahun ini serahan agak berbeza kerana pandemik Covid-19. Selalunya kita bawa anak-anak ini membeli baju raya tetapi kali ini kita beli dan hantar kepada mereka,” katanya.

Categories
SELANGOR

Sunway group sedia kerjasama anjur EnviroRace

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 8 MEI: Sunway Group sedia bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam penganjuran Program EnviroRace (Environmental Race), pada tahun hadapan.

Pengurus Besar Kanan Pengurusan Projek, Sunway Integrated Properties Sdn Bhd, Ong Chin Teck berkata, pihaknya juga sedia melakukan penambahbaikan dalam usaha menjadikan aktiviti bersama media itu lebih baik.

Katanya, ia termasuk menyediakan tempat membersihkan diri dan menyegarkan diri kepada peserta selepas bermandi peluh menyempurnakan program ala ‘explorace’ itu.

IMG-20170507-WA0004“Menerusi program seperti ini, kita bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan MPSJ tetapi juga media yang banyak membantu kami dalam publisiti.

“Kita juga dapat menerapkan nilai gaya hidup sihat selain menghargai kepentingan alam sekitar.

“Mungkin, tahun berikutnya kita boleh bawa ke lokasi lain seperti Lost World Of Tambun di Ipoh tetapi semuanya akan dibincang lebih lanjut lagi sebelum diputuskan,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 6 Mei lalu, Chin Teck turut menyertai Program EnviroRace yang julung kali dengan kerjasama MPSJ, di sekitar Sunway, di sini.

Tepat jam 8 pagi, sebanyak 18 pasukan dilepaskan di Kompleks 3C untuk memulakan EnviroRace yang berakhir jam 12 tengah hari.

Setiap pasukan dianggota empat ahli terdiri daripada dua wakil media, satu wakil MPSJ dan satu wakil Sunway Group.

Mereka kemudiannya perlu menyelesaikan tugasan diberikan di hentian lain iaitu di Sunway University, Sunway South Quay, Sunmed, Sunway Resort Hotel & Spa, Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan dengan diiringi Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Jeffrey Cheah.