Categories
NASIONAL

Senator: 5.8 juta pekerja asing angka mencemaskan, apa perancangan kerajaan?

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 5 SEPT: Senator Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud berpendapat Kerajaan Pusat masih gagal untuk menurunkan jumlah kebergantungan terhadap pekerja asing dan angka tersebut disifatkan mencemaskan.

Katanya, jumlah 5.8 juta tenaga kerja asing yang disebutkan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot adalah tinggi memandangkan secara keseluruhan negara mempunyai hampir 13 juta tenaga kerja.

pekerja swastaMenurutnya lagi, sebelum ini pernah disuarakan suatu ketetapan yang menyebut jumlah pekerja asing di negara ini perlu diturunkan pada satu angka pada 2015.

“Angka disebut amat mencemaskan kerana angka itu amat besar iaitu hampir 6 juta. seperti yang kita maklum jumlah tenaga kerja yang ada di Malaysia adalah hampir 13 juta. jadi bermakna lebih daripada 40 hingga 50 peratus tenaga kerja.

“Kita tidak menentang tetapi kita tahu tenaga kerja ini menyumbang kepada pembangunan negara dalam maa yang sama juga pemerintah kena serius dalam isu ini.

Syed-Shahir-Syed-Mohamud“Siapa yang patut disalahkan? Ini yang patut ditekankan. Yang membawa masuk itu sudah tentu kontraktor dan agen tetapi yang mengeluarkan permit ataupun lesen siapa dia? Atas petimbangan apa lesen ini dikeluarkan?,” katanya kepada Selangor Kini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sebelum ini menarik perhatian terhadap lambakan pekerja asing dalam negara ketika ini iaitu kira-kira 5.8 juta orang.

Katanya, hanya separuh dari jumlah itu, atau kira-kira 2.9 juta adalah pekerja sah, dan ini merupakan situasi yang agak merisaukan.

Kata bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini, kemasukan pekerja ini adalah sedikit sebanyak menjejaskan pekerja tempatan dan ia perlu diberikan perhatian.

“Gaji yang ditawarkan kepada pekerja luar secara relatifnya agak rendah walaupun ada yang mengatakan kosnya amat tinggi.

“Oleh hal yang demikian ini akan mendorong gaji pekerja tidak akan naik,” tambahnya lagi.

Menyentuh soal produktiviti beliau menjelaskan, penggunaan terlalu ramai pekerja asing dilihat mampu mengakibatkan pihak industri lebih menumpukan kepada penggunaan tenaga kerja dengan kos yang lebih rendah berbanding membeli jentera yang lebih mahal.

“Kalau bercakap mengenai produktiviti dan sebagainya, dengan tenaga pekerja asing untuk industri tidak memerlukan kemahiran, jadi akhirnya pemain industri tidak akan meningkatkan teknologi industrinya.

“Ini kerana mereka beranggapan membawa masuk pekerja luar lebih murah daripada membeli jentera yang jauh lebih mahal,” kata beliau lagi.

EZY

Categories
NASIONAL

Elaun makan pekerja perlu diperluas

Oleh: Mohd Ezli Mashut

SHAH ALAM 8 JAN: Kerajaan pusat dan majikan disaran untuk memperluaskan pemberian kadar elaun makanan yang bersesuaian untuk diberi kepada pekerja ekoran kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Senator Dewan Negara, Syed Syahir Syed Mahmud, berkata satu kajian perlu dilakukan kerajaan untuk menilai keperluan elaun makanan seorang pekerja supaya cadangan itu dapat dilaksanakan.

107700_nasi-goreng_663_382Katanya, pemberian elaun makanan dan subsidi makanan pekerja masih belum menyeluruh dilaksanakan di negara ini.

“Kajian itu penting bagi memastikan pekerja mendapat elaun yang munasabah hanya untuk keperluan hidup bukan untuk bermewah.

“Ia adalah kajian kadar harga makanan yang paling asas untuk manusia untuk jumlah makan bagi sehari,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Syed Shahir Syed MohamudKatanya, beliau sudah menjalankan kajian keperluan pekerja di Lembah Klang membabitkan jumlah elaun makanan yang diperlukan seorang pekerja.

Sebelum ini, KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pada April 2015.

Syarikat konsultan berkenaan mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Pekerja Berhak Sertai Himpunan Aman

 

SHAH ALAM, 21 MEI: Rakyat negara ini termasuk golongan pekerja mempunyai hak untuk menyurakan pandangan mereka termasuk dengan cara mengadakan demontrasi secara aman.

Demikian menurut Setiausaha Eksekutif Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud ketika diminta mengulas laporan terdapat kakitangan awam yang turut menjadi buruan polis kerana menyertai perhimpunan aman BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

“Pada hemat saya, itu hak individu untuk melaksanakan serta menzahirkan pendapat adalah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan tidak dapat dinafikan oleh sesiapa juga.

“Jadi maknanya selagi tidak bercanggah dengan hak tersebut, ia tidak menjadi satu kesalahan sebagaimana dinyatakan hak berhimpun, berpendirian yang dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan,” ujar beliau kepada TVS.

Shahir turut memberitahu setiap kakitangan awam berhak untuk melibatkan diri mereka dalam sebarang aktiviti yang tidak menyalahi undang-undang di luar waktu kerja selagi ianya tidak mengganggu prestasi kerja individu terbabit.

Shahir turut menambah, setiap organisasi kesatuan perkerja dan masyarakat pekerja negara ini harus membebaskan diri mereka dari dibelenggu atau terikat kepada pandangan yang selari dengan parti pemerintah sahaja.

“Kita tidak boleh mengambil sikap yang terkebelakang, misalnya dalam hal ini kita tidak boleh mengambil sikap apa yang dilakukan oleh pemerintah semuanya betul. Tidak kiralah samada parti pemerintah mana sekalipun.

“Kita tidak boleh terlalu taksub, terlalu terikat sehingga nak buat apa pun terikat,” katanya lagi.

Beliau turut menyarankan kepada organisasi berkaitan agar memainkan peranan yang sewajarnya berhubung isu penahanan orang awam termasuk kakitangan awam yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 lalu.

Sebelum ini dalam isu yang sama, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman melahirkan rasa kecewa dengan pembabitan sekurang-kurangnya tiga kakitangan awam dalam perhimpunan BERSIH 3.0.

Selain itu menurut Omar, Cuepacs juga tidak akan membantu ahli-ahlinya yang menghadapi risiko dibuang kerja kerana terlibat dengan perhimpunan yang sama.