Categories
AGENSI SELANGOR

IPD Petaling Jaya, MBPJ tahan 12 individu ingkar PKP

SHAH ALAM, 14 April: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerusi Operasi Bersepadu Covid-19 menahan 12 individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

Operasi bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membabitkan 15 pegawai dan 47 anggota kedua-dua agensi itu menumpukan kawasan sekitar Taman Medan dan Taman Dato’ Harun.

IPD Petaling Jaya menerusi kenyataan di Facebook berkata kesemua individu itu ditahan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 7(1) g Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

“Matlamat operasi ini bagi mengenal pasti premis perniagaan yang tidak mematuhi arahan PKP.

“Pihak MBPJ mengeluarkan notis arahan tutup serta-merta dan menasihati kesemua premis diperiksa mematuhi arahan PKP. Tidak ada saman dikeluarkan dan penyitaan dibuat,” kata kenyataan itu.

Categories
NASIONAL

#KitaLawan, Adam Adli ditahan

SHAH ALAM, 14 MAC: Aktivis pelajar Adam Ali Abd Halim dan Pegawai Bersih, Mandeep Singh Karpal Singh ditahan polis selepas terlibat dalam perhimpunan Kita Lawan di Kuala Lumpur, hari ini.
Gambar penahanan itu dimuat naik oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Teja) Chang Lih Kang sebentar tadi.
adam adliMemetik Malaysia Kini, mereka dikatakan dibawa ke lokap balai polis Jinjang, tidak jauh daripada tempat itu.
Rakan rapat Adam dan Mandeep ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Selepas perhimpunan besar #KitaLawan minggu lalu, ia dirancang menjadi acara mingguan, walaupun kehadirannya dijangka jauh lebih kecil.
Categories
NASIONAL

Lepas Nik Nazmi, giliran Fariz Musa ditahan

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 MAC: Sehari selepas penahanan reman Exco Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, kini giliran Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa pula ditahan polis berkenaan himpunan “Kita Lawan”.

Fariz melalui laman sosial Twitter memaklumkan beliau disoal siasat polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, kira-kira jam 10 pagi tadi.

fariz musa pic 3Beliau turut diiringi peguam, Melissa Sasidaran yang turut mewakili Nik Nazmi.

Fariz ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (PAA) dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkenaan perhimpunan haram.

Pada 7 Mac lalu, dianggarkan kira-kira 10,000 orang hadir dalam perhimpunan di ibu negara bagi menyatakan semangat setiakawan terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara di Sungai Buloh atas kes Fitnah 2.

-NFN-