Categories
BERITA UTAMA EXCO SELANGOR

Jana pendapatan, manfaat tanah terbiar kawasan luar bandar

KUALA LANGAT, 20 FEB: Masyarakat luar bandar disaran memanfaatkan tanah kosong dimiliki bagi meningkatkan taraf hidup dan menjana pendapatan.

EXCO pembangunan luar bandar dan kampung tradisi berkata penduduk boleh mengusahakan tanah terbiar dengan menanam sayuran dan buah-buahan untuk dijual.

“Kampung biasanya memiliki banyak tanah dengan keluasan sangat besar, namun tidak digunakan sebaik mungkin hingga tumbuh belukar dan tidak mendatangkan hasil.

“Jadi, penduduk perlu guna peluang itu untuk perkara yang boleh memberi dampak terhadap ekonomi keluarga dan kampung mereka,” kata Borhan Aman Shah.

Beliau yang ditemui pada program Kita Ke Kampung di Batu 8 Sijangkang semalam memaklumkan bantuan modal turut disediakan bagi individu yang berminat menjalankan sebarang perusahaan.

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bangunkan tanah terbiar jana pendapatan hasil tani

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 FEB: Jabatan Pertanian Negeri Selangor (JPNS) membuka peluang kepada pemilik tanah untuk memajukan tanah terbiar seluruh negeri supaya dapat dimajukan sebagai tanah pertanian negeri.

JPNS dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan itu bertujuan membangunkan tanah terbiar bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran bahan makanan berasaskan pertanian, di Selangor.

“Tanah ini jika digunakan secara optimum dapat meningkatkan keupayaan sektor pertanian dalam menghasilkan bahan makanan mencukupi.

sawah-padi“Ia juga memberi manfaat kepada pemilik tanah, sekali gus mampu mejana peluang untuk menjana pendapatan melalui projek pertanian.

“Selain itu, pembangunan semula dapat mengurangkan tanah terbiar negara dan meningkatkan jumlah pengeluaran bahan makanan,” katanya.

Pada masa sama, orang awam yang berminat boleh menyertai Program Pembangunan Tanah Terbiar dengan membuat pendafataran secara dalam talian di www.doa.gov.my atau menghubungi JPNS di talian 03-55189888 atau mendaftar terus ke pejabat pertanian seluruh daerah.

Terdahulu, mekanisma pelaksanaan pembangunan tanah terbiar dibuat menerusi perbincangan bersama pemilik bagi memajukan tanah terbiar dengan projek tanaman makanan.

Jenis tanaman dicadangkan antaranya sayur-sayuran, buah-buahan dan komoditi tumbuhan yang mengeluarkan hasil dalam pasaran semasa.

Sementara itu, dilaporkan terdapat 110,000 hektar tanah terbiar di seluruh Semenanjung Malaysia.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Jawatankuasa khas kenal pasti tanah terbiar

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 16 JUN: Kerajaan Negeri akan mengambil alih serta merampas kembali tanah-tanah yang tidak diurus dengan baik.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata langkah itu bagi memastikan pemilik yang diberi hak bertanggungjawab seperti tertakluk dalam hak milikan.

Katanya, hasil kajian mendapati tanah terbiar di Selangor berkait rapat dengan pembayaran cukai oleh pemilik.

sidang-dun“Kita mendapati ada antara pemilik yang tidak membayar cukai sehingga sepuluh tahun dan tanah itu juga tidak terjaga dan terbiar.

“Jadi, kita akan mula ambil alih dan merampas kerana dengan cara itu baru pemilik akan buat keputusan sama ada akan melepaskan atau menggunakan tanah seperti dalam perjanjian,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Terdahulu, beliau ditanya Yaakob Sapari (PKR Kota Anggerik) berhubung rancangan Kerajaan Negeri membangunkan tanah terbiar di Selangor.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid (PKR Pelabuhan Klang), berkata Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa khas melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk mengenal pasti tanah terbiar.

“Kita mulakan kajian berkenaan tanah milikan Kerajaan Negeri yang dikatakan tidak diuruskan dan dijaga.

“Walaupun pada dasarnya kita sudah dapat maklumat cukup, tetapi boleh jadi ada kawasan yang belum dipantau rapi,” katanya.

-NFN-