Categories
AGENDA NASIONAL

Kerajaan cadang duti eksais cecair nikotin, minuman bergula

SHAH ALAM, 29 OKT: Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen berkata selain itu kerajaan juga bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kedua-dua cadangan itu untuk ke arah gaya hidup yang sihat.

Categories
AGENDA NASIONAL

Makanan tambahan lima kali seminggu untuk kanak-kanak miskin bandar

SHAH ALAM, 29 OKT: Bajet 2022 memperuntukan sejumlah RM24 juta untuk aspek kesihatan kanak-kanak terutamanya masalah kurang zat dalam kalangan keluarga miskin bandar, kata menteri kewangan.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program makanan tambahan diberi lima kali seminggu kepada 100 kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.

“Program ini diperluas kepada kanak-kanak daripada keluarga miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Zafrul berkata kerajaan juga meluaskan skop penerima bantuan program pemulihan kanak-kanak kekurangan zat makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak.

“Sebuah bank susu Ibu juga ditubuhkan untuk bayi pramatang di unit penjagaan neonatal  hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak,” katanya..