Categories
PBT SELANGOR

Mohd Rashidi dilantik Timbalan Datuk Bandar Shah Alam

SHAH ALAM, 8 JAN: Mohd Rashidi Ruslan secara rasminya dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, berkuat kuasa pada 2 Januari lalu.

Majlis angkat sumpah berlangsung di di hadapan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, pada 7 Januari lalu, di Wisma MBSA.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Orang Besar Daerah Petaling, Dato’ Emran Kadir dan pengarah kanan MBSA.

Mohd Rashidi yang dilahirkan di Klang adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Perancangan dan Pembangunan (2005) dari Universiti Malaysia Sabah.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pengurusan Projek dan Pengurusan Bajet.

Sebelum ditugaskan di Wisma MBSA, beliau pernah bertugas sebagai:

1) Penolong Pengarah, Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN Selangor;

2) Penolong Pegawai Daerah (Tanah), Unit Pelupusan dan Pembangunan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat;

3) Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Majlis Perbandaran Kajang;

4) Ketua Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, NRE Putrajaya;

5) Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa dan Hasil Persekutuan, Jabatan Ketua Pengarah, Tanah & Galian (JKPTG), Putrajaya

 

SMK Bukit Jelutong ungguli Kempen Kitar Semula MBSA 2014

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd terus komited menjayakan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah sejak lapan tahun lalu. Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mokhtar Hani berkata, pertandingan itu diadakan bagi mendidik pelajar berkenaan kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. Katanya, usaha itu diharap dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar berpunca daripada sikap tidak prihatin masyarakat.