Categories
NASIONAL

TERUS TERANG : Bersama TUNKU HARMY – UMNOlah Pemusnah Institusi Raja-Raja


Sinopsis:

Rancangan Ini Telah Disiarkan Secara Langsung Pada Hari Sabtu 29 Jun 2012, Jam 9 Malam.Saksikan hujah dan jawapan Ahli Parlimen Shah Alam, Tunku Harmy berhubung perangai sebenar pimpinan Tertinggi UMNO terhadap institusi raja-raja Melayu menerusi Program Bual Bicara “Terus Terang” terbitan TVSelangor.

Categories
NASIONAL

Selangor Contoh Pentadbiran Unggul Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 25 JUN : Pentadbiran Kerajaan Selangor perlu dicontohi oleh semua negeri malah prestasinya tidak dapat ditandingi oleh Kerajaan Pusat, kata Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan.

Beliau cukup bangga dengan Kerajaan Selangor walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin Umno-BN di dada akhbar milik mereka.

“Hakikatnya kita semua tahu apa yang rakyat Selangor menikmati sekarang. Saya sebagai rakyat Negeri Sembilan saya berasa cemburu.

Saya selalu berkata kepada bakal-bakal calon yang akan bertanding. Jika kita menang kita akan mengikut cara pentadbiran negeri ini,” katanya dalam rancangan Terus Terang bersama pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali.

Oleh kerana itu katanya, Kerajaan Pusat dibawah pimpinan Umno-BN cukup mencemburui Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana membuka satu pentadbiran yang telus.

“Dan contoh itu tidak akan dapat dibuat oleh Umno-BN, walaupun sekarang mereka sudah mengaku dan insaf dengan perbuatan dulu.

Insaf dia insaf orang nazak dan bila diberi kuasa balik mereka akan lebih rakus lagi,” katanya.

Tambahnya, Pakatan mempunyai payung kepada semua kaum dan penyatuan ketiga-tiga parti itu membuahkan satu masyarakat toleransi.

“Itu sebab saya memilih Pakatan. Semua kaum memahami agama masing-masing. Semua kaum boleh duduk dalam satu padang untuk bermesyuarat.

“Saya harap apabila Pakatan memerintah nanti, jangan menagih terima kasih daripada rakyat seperti Umno-BN tetapi bersyukurlah kerana rakyat mengizinkan mereka ini memimpin,” katanya.

Wawancara Terus Terang ini akan disiarkan pada 29 Jun.

Categories
NASIONAL

Tunku Harmy : Golongan “Pengemis Terhormat” Rosakkan Ekonomi Melayu

SHAH ALAM 25 JUN : Jika ‘golongan pengemis terhormat’ terus diberi peluang maka jika diberi 100 tahun lagi pun, agenda ekonomi Melayu tidak akan berjaya, kata seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan.

‘Golongan pengemis terhormat’ itu merujuk kepada pemimpin Umno-BN dan kroni-kroninya, kata Tunku Harmy Tunku Hannan, yang merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Katanya, sejak awal 80an lagi, banyak projek hanya disuapkan kepada kroni-kroni Umno-BN tanpa pertimbangan kebolehan.

Manakala ahli perniagaan yang benar-benar layak tidak mendapat peluang-peluang tersebut.

Tunku Harmy berkata projek itu diberikan kepada kroni Umno-BN supaya pemimpin parti itu dapat melonjakkan diri ke peringkat negeri dan nasional.

“Orang inilah yang ditaja untuk diagih segala kekayaan walaupun mereka ini bukan golongan ahli perniagaan.

“Kalau golongan ini diberikan tempat 100 tahun lagi pun dasar ekonomi melayu tidak akan berjaya sebab mereka ini dulu lagi saya sudah ‘cop’ ia ‘golongan pengemis terhormat’.

“Sebab apabila mereka mahu projek, mereka akan pergi ke pejabat-pejabat Menteri Besar dan Menteri-menteri lain untuk memohon sedekah untuk makan.

?Kemudian menteri-menteri ini akan beri tiga hingga empat dulang yang selebihnya dia muntah ke longkang dan begitulah seterusnya,” katanya yang merupakan Bekas Timbalan Pengerusi Kontraktor Melayu Negeri Sembilan.

Jelasnya, semasa pentadbiran (bekas Menteri Besar) Tan Sri Isa Samad, beliau lantang berkata ‘Jika kerajaan menggalakkan sistem pengemis ini pada orang melayu maka orang melayu tetap akan menjadi pengemis sampai bila-bila’.

“Baru-baru ini semasa Isa menjadi Pengerusi Felda, saya nampak dalam satu kontrak ada nama pengemis ini untuk pemberian getah-getah,? Tunku Harmy berkata di dalam rancangan Terus Terang bersama pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali.

?Padahal Felda sudah bagi beliau banyak duit, kenapa orang lantik orang tengah dengan harga yang tinggi? Keuntungan yang banyak sehingga RM1 juta. Tapi saya tengok beliau tetap miskin sebab berfoya-foya.

“Jadi smpai bila-bila pun orang melayu tidak akan kaya dibawah pentadbiran Umno-BN,” katanya.

Natijahnya, sekiranya rakyat menyokong pentadbiran Umno-BN, rakyat tidak akan maju kerana golongan yang berjaya hanya golongan yang ‘pandai’ mencari tempat.

Oleh kerana itu, jelasnya, beliau tinggalkan parti itu ketika berusia 26 tahun kerana jijik dan meluat dengan sikap pemimpinnya.

“Saya dulu merupakan ahli Umno. Saya ialah Ketua Pemuda Umno cawangan dan Setiausaha Biro Ekonomi Pemuda Bahagian.

?Saya cukup jijik dengan mereka kerana dimana-mana sahaja orang Umno yang menguasai.

“Orang yang betul-betul yang mahu berniaga tidak dapat peluang itu.

?Jadi bila saya tengok ragam mereka dengan ketawa mereka yang terbahak-bahak penuh dengan riak, jadi saya jijik dan meluat maka saya tinggalkan tidak mahu terjun ke dalam politik,” katanya.

Rancangan Terus Terang akan disiarkan pada 29 Jun.

Categories
NASIONAL

Tunku Harmy : Umno Punca Raja-Raja Hilang Kuasa

SHAH ALAM 25 JUN : Krisis Perlembagaan Institusi Diraja berlaku berpunca dari sikap gila kuasa pentadbiran Umno-BN bagi memastikan segala khazanah negara berligar dikalangan para kroni sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri bukannya disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata kesan dari tindakan tersebut menyebabkan rakyat pelbagai kaum di nagara ini telah sedar yang akhirnya bertindak menolak Umno-BN.

Sehubungan itu Umno tidak mempunyai pilihan selain dakwaan menuduh PR menjadi berpunca kepada gelombang perubahan kebangkitan rakyat dan menjadikan isu penyingkiran raja-raja melayu sebagai agenda tersembunyi PR.

“Saya berpolitik sejak awal umur 20an, niat jahat Umno-BN saya cukup kenal. Saya bergaul dengan mereka dari pemimpin bawah hingga pemimpin atasan. Itu merupakan rancangan awal mereka dahulu sehinggalah sekarang.

“Gelombang itu mereka sudah rasainya. Jadi sekarang merekalah kononnya yang mempertahankan Raja-Raja dan menuduh PR yang cuba jatuhkan Raja-Raja. Ini merupakan satu pembohongan dan temberang yang cuba dimainkan oleh Umno-BN kerana mereka tahu niat itu datang dari mereka jadi mereka campakkan niat itu kepada PR pula,” katanya dalam Program Terus Terang oleh Selangorku.

Malah, dakwanya, usaha bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir cukup jelas memperalat institusi raja-raja bagi merealisasikan cita-citanya menguasai pelbagai kuasa pentadbiran.

Jelasnya, beliau memburukkan raja-raja untuk merampas kuasa raja kerana itulah beliau mengurangkan imuniti kuasa raja-raja.

“Salah satunya beliau memburukkan raja-raja dengan menfitnah dan apabila raja-raja menjawab dengan memfaxkan surat kepada media massa seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tiada langsung maklum balas.

“Contohnya, Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja?afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993, ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu bermula.

“Menteri itu berkata, Tuanku ? kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara dan raja-raja akan diseret ke jalan raya,” katanya yang merupakan anak saudara kepada Bekas Yang Dipertuan Agung ke-10 itu.

Tambahnya, oleh kerana hal itu, kini pemimpin Umno-BN sudah tidak relevan dalam banyak perkara kerana pemimpin parti terlalu rakus serta tidak bertanggungjawab.

“Sebabnya mereka ini perasuah, semua orang tahu. Lihat sahaja media, akhbar, isu scorpene di luar negara pun banyak hanya media massa negara ini sahaja yang tidak mahu siarkannya bagaimana penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

“Dalam banyak kempen yang saya kunjungi, semua orang mengatakan pemimpin bawahan hinggalah pemimpin atasan parti itu adalah perompak. Saya rasa sebab itu mereka ini sudah tidak relevan kerana pemimpin mereka terlalu rakus,” katanya dalam rancangan Terus Terang yang akan di siarkan di www.Selangorku.com pada 29 Jun jam 9.00 malam nanti.