Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Jalan Sabak Bernam-Kuala Selangor ditutup, kenderaan diseru guna laluan alternatif

SHAH ALAM, 11 JAN: Jalan persekutuan Kuala Selangor-Sabak Bernam antara simpang Jalan Permatang dengan simpang Jalan Bukit Belimbing ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan mulai 11 malam ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Selangor menutup jalan bahagian itu hingga 6.30 pagi Khamis bagi menjalankan kerja menurunkan rasuk jejantas di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor.

“Penutupan jalan ini akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

“Pengguna diminta untuk mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan,” kata Jurutera Daerah Ir Nur Hafidzan Idris.

Kenderaan berat dinasihat menggunakan Jalan Sungai Terap melalui Jalan Raja Musa-Jalan Rawang 1, manakala kenderaan ringan pula menggunakan laluan Jalan Permatang-Jalan Bukit Belimbing.

“Kerjasama sepenuhnya daripada semua pengguna jalan raya amatlah diharapkan,” katanya lagi dalam kenyataan hari ini seperti dimuatkan di Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Kuala Selangor.

Semalam, JKR daerah mengingatkan pengguna kenderaan agar berhati-hati ketika melalui bawah jejantas pejalan kaki di laluan terbabit berikutan terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas ekoran hentaman kenderaan berat.

Categories
AGENDA NASIONAL

Tutup jalan, lencongan di Glenmarie akibat kerja ganti saluran gas

SHAH ALAM, 26 APRIL: Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (GMD) menjelaskan penutupan sementara jalan dan lencongan trafik di Persiaran Kerjaya, Glenmarie di Shah Alam adalah bagi membolehkan GMD menjalankan kerja penggantian saluran paip gas.

GMD menerusi kenyataan hari ini, anak syarikat milik penuh Gas Malaysia Bhd itu memaklumkan kerja itu adalah untuk menggantikan bahagian saluran paip gas yang sebelum ini mengalami kerosakan akibat aktiviti pembinaan yang dilakukan oleh pihak ketiga.

“Kebocoran gas daripada saluran paip yang rosak itu sudah ditangani dan keadaan kini terkawal, pelanggan juga tidak mengalami sebarang gangguan bekalan gas.

“Saluran paip ini penting dalam menyediakan penyaluran gas asli ke pelbagai pelanggan industri, komersial dan kediaman di Selangor dan Kuala Lumpur,” menurut kenyataan itu.

GMD memberitahu syarikat itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan maklumat terkini.

“Kami kesal dengan kesulitan yang timbul,” jelasnya.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Tiga jalan di Petaling Jaya ditutup tengah malam ini

KUALA LUMPUR, 13 OKT: Sebanyak tiga penutupan jalan di daerah Petaling Jaya dilaksanakan mulai tengah malam ini (14 Okt), selaras dengan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan selama dua minggu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, penutupan jalan itu meliputi Jalan Persiaran Mahogani di Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati di Seksyen 8 dan Jalan Persiaran Sungai Buloh.

Beliau berkata berikutan penutupan jalan itu, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif iaitu di jalan Persiaran Kenanga melalui Tol Kota Damansara, Jalan Persiaran Surian di Palm Spring Kota Damansara dan di Jalan Persiaran Tropicana melalui Casa Tropicana.

“Penutupan jalan ini adalah selaras dengan perintah PKPB, untuk mengawal pergerakan orang ramai dan lalu lintas di jalan-jalan itu.

“Bagaimanapun, laluan (yang ditutup) ini masih boleh dilalui oleh kenderaan ambulan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditempatkan di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyarankan, semua lapisan masyarakat agar mematuhi perintah PKPB dan bersabar dalam menghadapi kesulitan, bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Tindakan yang diambil ini secara tidak langsung meletakkan keselamatan awam di Petaling Jaya, sebagai keutamaan pihak polis IPD Petaling Jaya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata sebanyak empat sekatan jalan raya (SJR) dikenakan di empat tempat iaitu di hadapan Balai Polis Beranang, Jalan Broga, Jalan Bangi menuju Nilai, Negeri Sembilan dan susur masuk Plaza Tol Bandar Seri Putra.

“IPD Kajang mengadakan sekatan jalan raya dan penutupan beberapa jalan di beberapa lokasi yang telah ditetapkan, bagi mengurangkan pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.

“Sementara itu, lokasi penutupan kekal (24 jam) adalah di Jalan Genting Peras. Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan, sepanjang tempoh PKPB dikuatkuasakan,” katanya.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

Penutupan jalan sempena Persidangan ASEAN ke-27

SHAH ALAM 17 NOV: Beberapa jalan ditutup bermula 18 November sehingga 22 November ini sempena Persidangan ASEAN ke-27.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Penolong Komisioner Mohd Nadzri Hussain, berkata penutupan jalan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan persidangan yang berlangsung Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Kita memastikan kawalan trafik bermula jam 7 pagi dan 11.30 pagi tetapi bermula Sabtu (21 November), jalan ditutup secara berperingkat bermula 7.40 pagi sehingga 9 pagi.

image“Anrara 7.15 petang sehingga 8.50 malam pada hari sama, jalan ditutup bagi kelancaran pada majlis makan malam,” katanya dipetik The Star Online.

Antara jalan ditutup ialah Jalan Binjai/Persiaran KLCC, Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi/Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan/Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng/Lorong Perak, Jalan Raja Chulan/Lorong Perak, Jalan Nagasari/Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Ampang/Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail/Jalan P. Ramlee and Jalan Raja Chulan/Persiaran Raja Chulan.

“Pengguna disarankan memasuki pusat bandar sebelum 7.15 pagi bagi mengelakkan ketidakselesaan,” katanya.

Pengguna turut disarankan melalui jalan alternatif iaitu – Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Raja Chulan/Tun Perak, Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu.

Beliau berkata antara jalan lain yang ditutup iaitu Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Pinang, Jalan Raja Chulan, Jalan Kia Peng, Jalan Perak, Jalan Binjai, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi.

Katanya jalan dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) and Lapangan Terbang TUDM Subang turut terjejas.

Sementara, itu, Angkatan Tentera Malaysia dan Polis berkerjasama bagi memastikan keselamatan negara berada pada tahap tertinggi semasa Sidang Kemuncak ASEAN.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kira-kira 1,000 anggota ATM dari seluruh negara dibawa masuk bagi mengawal keselamatan di sekitar Kuala Lumpur.

Selain itu, unit yang berada di Lembah Klang diletak dalam keadaan siap siaga di lokasi strategik.

EZY