Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini apabila minat belian terhadap mata wang tempatan itu pulih menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP), kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1600/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1615/1655 pada Selasa.

Peniaga itu berkata, bagaimanapun, sentimen risiko global yang meningkat ditambah dengan penurunan harga minyak mentah dan pengumuman Bajet 2019 yang akan datang, akan terus menyebabkan ringgit diniagakan dalam suasana defensif.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0184/0225 daripada 3.0206/0237 pada Selasa dan berbanding yen Jepun ia naik kepada 3.6988/7042 daripada 3.7050/7103.

Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3997/4078 daripada 5.4075/4139 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7711/7773 daripada 4.7782/7841.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dalam aliran menurun berbanding dolar US minggu depan

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Ringgit dijangka dalam aliran menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan prospek kenaikan kadar faedah negara tersebut.

Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga berkata, dengan dolar US yang disokong kuat oleh jangkaan kenaikan kadar faedah, ringgit mempunyai skop untuk diniaga ke paras 4.17 berbanding dolar US dalam tempoh terdekat.

“Selain itu, faktor luaran seperti kebimbangan mengenai perang perdagangan dan pertumbuhan global turut menjejaskan ringgit,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Otunuga berkata, Malaysia tidak bersendirian dalam hal ini kerana banyak negara membangun lain, termasuk China terjejas oleh ketegangan perdagangan.

Sependapat dengan Otunuga, Ketua Perdagangan Asia-Pasifik Oanda, Stephen Innes bimbang keadaan akan menjadi lebih buruk kerana “tren penyusutan” yuan China dijangka tiba bila-bila masa sahaja.

Dilaporkan bahawa yuan merosot kepada paras terendah dalam tempoh 22 bulan berbanding dolar US pada Khamis selepas Perbendaharaan AS enggan melabel China sebagai manipulator mata wang di tengah-tengah perang tarif yang semakin meningkat antara dua gergasi ekonomi tersebut.

“Ini menunjukkan bahawa mata wang serantau, termasuk ringgit pasti akan menjadi tebusan kepada pergerakan asas yuan, yang mungkin menjadi tenaga disruptif kepada sentimen tempatan (Malaysia),” tambah Innes.

Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding dolar US, terutama dipengaruhi oleh ketegangan perdagangan yang berterusan antara AS dan China, kajian semula separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan minit mesyuarat terbaru Rizab Persekutuan AS yang memberi isyarat kepada lebih banyak kenaikan kadar faedah pada masa depan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.1560/1600 berbanding dolar US daripada 4.1530/1560.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit bagaimanapun diniaga keseluruhannya lebih tinggi.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0129/0169 daripada 3.0149/0175 Jumaat lepas, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4132/4205 daripada 5.4861/4917 dan menokok berbanding euro kepada 4.7619/7674 daripada 4.8092/8139 sebelumnya.

Berbanding yen Jepun, ringgit jatuh kepada 3.6982/7027 daripada 3.6971/7008 Jumaat lepas.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada pembukaan

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini susulan permintaan tinggi ke atas nota tempatan hasil daripada pengukuhan harga minyak global.

Pada 9.21 pagi, ringgit mencatatkan 4.1490/1530 berbanding dolar US daripada 4.1515/1555 semalam.

“Minyak mentah US West Texas Intermediate meningkat 0.5 peratus kepada US$72.27 setong, manakala penanda aras minyak mentah Brent International menokok 0.4 peratus kepada US$81.77 setong,” katanya.

Beliau berkata peserta pasaran akan memantau minit mesyuarat Rizab Persekutuan US bagi bulan September, yang akan dikeluarkan hari ini (Rabu) bagi melihat petunjuk mengenai arah tuju dolar US dan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tahun ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, apabila ringgit merosot kepada 3.0203/0237 daripada 3.0153/0189 pada penutupan semalam.

Nota tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6919/6962 daripada 3.7027/7070, meningkat berbanding euro kepada 4.8033/8083 daripada 4.8041/8096 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.4713/4774 daripada 5.4804/4861.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Ringgit mengukuh berbanding dolar US dalam dagangan awal hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan, dengan data ekonomi tidak menggalakkan daripada Amerika Syarikat.

Pada 9.02 pagi, unit tempatan berada pada 4.1510/1540 berbanding dolar US daripada 4.1540/1580 dicatatkan semalam.

Peniaga berkata permintaan terhadap ringgit meningkat berikutan dolar US merosot, susulan jualan runcit AS bagi September lebih rendah daripada jangkaan.

“Selain itu, harga minyak global yang lebih tinggi turut membantu meningkatkan sentimen terhadap ringgit,” katanya.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember naik sembilan cents kepada US$80.87 setong, manakala minyak mentah US West Texas Intermediate bagi penghantaran November meningkat lima cents kepada US$71.83 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, apabila ia susut kepada 3.0180/0213 daripada 3.0171/0205 semasa ditutup pada Isnin.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.7099/7129 daripada 3.7176/7225, naik berbanding euro kepada 4.8102/8141 daripada 4.8132/8187 dan menambah berbanding pound British kepada 5.4611/4654 daripada 5.4617/4690.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika sentimen pasaran kini beralih kepada bahang menjelang pembentangan Belanjawan 2019, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada pada paras 4.1510/1540 berbanding 4.1550/1600 yang dicatatkan sewaktu ditutup, semalam.

Ketua Perdagangan OANDA di Asia Pasifik, Stephen Innes berkata prestasi ringgit turut dipengaruhi oleh laporan media semalam mengenai usaha kerajaan untuk menangani defisit menerusi tindakan termasuk menjual aset serta kemungkinan melaksanakan cukai baharu.

“Cukai bukanlah sesuatu yang digemari pasaran, namun pada masa sama usaha sedemikian dialu-alukan apabila menjadi antara langkah kerajaan untuk menangani defisit,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0071/0104 daripada 2.9959/9999 semalam dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.6728/6768 daripada 3.6724/6785.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7761/7813 daripada 4.7575/7640 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4598/4658 daripada 5.4190/4259.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.1550/1600 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan minat belian serta akibat faktor pengukuhan unit negara maju berkenaan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1550/1600 berbanding 4.1530/1560 sewaktu pasaran ditutup pada Isnin.

Peniaga itu berkata selain pengukuhan dolar AS dan pertikaian dagangan antara AS dan China yang berlanjutan, elemen seperti landskap politik dan ekonomi tempatan selain harga minyak turut mempengaruhi prestasi ringgit.

“Susulan ketegangan membabitkan China dan AS, pelabur sebaliknya akan bertindak mencari pasaran lain yang menjaminkan sebelum meneruskan melabur,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, mata wang China mencecah paras terendahnya dalam tempoh tujuh minggu iaitu 6.9315 yuan berbanding dolar AS berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perdagangan yang semakin ketara ketika menimbang sama ada satu lagi kenaikan kadar faedah perlu dilaksanakan atau sebaliknya.

Setakat 9 pagi ini, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, berada pada AS$83.74 setong.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0015/0053 daripada 2.9979/3007 semalam dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6744/6798 daripada 3.6639/6668.

Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 4.7737/7798 daripada 4.7647/7694 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.4372/4454 daripada 5.4242/4302.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.1470/1500 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini susulan kadar faedah dan dolar US yang mengukuh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan mencatatkan 4.1470/1500 berbanding 4.1440/1490 pada penutupan Jumaat.

Seorang peniaga berkata persekitaran luaran tidak memihak kepada kepada mata wang Asia, termasuk nota tempatan.

“Ketegangan perdagangan AS-China hampir mustahil untuk memberi keyakinan kepada peningkatan harga. dengan permintaan terhadap ringgit berkurangan menjelang pembentangan belanjawan akan datang,” katanya.

Peniaga itu berkata walaupun perdagangan tetap menggalakkan disebabkan harga minyak, pertumbuhan domestik yang perlahan boleh menjadi ringgit negatif kerana ia boleh mencetuskan pendirian memihak kepada kadar faedah rendah oleh Bank Negara.

Minyak mentah Brent diniagakan pada US$83.20 setong, turun 1.14 peratus.

Sementara itu, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 2.9981/0014 daripada 2.9975/3.0022 pada Jumaat dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6425/6461 daripada 3.6383/6443.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7773/7816 daripada 4.7639/7714, dan rendah berbanding pound British kepada 5.4409/4456 daripada 5.4017/4091.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 4.1450/1500 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur kekal tidak memasuki pasaran berikutan penurunan harga minyak dunia, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1450/1500 berbanding 4.1370/1410 pada paras penutup Rabu.

Semalam, para penganalisis berkata harga minyak akan mula jatuh sebelum akhir tahun, walaupun ia boleh meningkat dalam tempoh terdekat ini.

“Walaupun harga mungkin meningkat daripada paras semasa pada bulan ini, pasaran telah sampai tahap matang bagi pembetulan harga,” katanya.

Harga penanda aras minyak mentah Brent berada pada US$85.85.

Dolar AS juga mengukuh, dengan kadar hasil Perbendaharaan AS 10 tahun meningkat 12 mata asas pada Rabu kepada 3.18 peratus, paras tertingginya sejak Julai 2011.

Penanda aras bon AS juga melonjak ke paras tertinggi tujuh tahun apabila para pelabur menunggu kenaikan kadar sekali lagi oleh Rizab Persekutuan AS.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0008/0055 daripada 3.0092/0132 pada Rabu, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7568/7634 daripada 4.7853/7916.

Mata wang tempatan juga meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6229/6283 daripada 3.6344/6382 semalam dan naik berbanding pound British kepada 5.3611/3696 daripada 5.3798/3870.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi 4.1380/1410 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas dua hari berada dalam aliran rendah, disokong harga minyak mentah yang lebihtinggi, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1380/1410 berbanding dolar AS daripada 4.1400/1430 yang direkodkan ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Dagangan di Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata walaupun harga minyak mentah meningkat namun peningkatan kebimbangan geopolitik di Laut China Selatan susulan kejadian kapal perang antara China dan AS semalam menyebabkan pelabur lebih berhati-hati.

“Sentimen risiko semakin bertambah, dengan demikian pelabur tidak memasuki pasaran buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0140 daripada 3.0100/0129 pada Selasa dan rendah berbanding euro kepada 4.7765/7816 daripada 4.7668/7715.

Mata wang tempatan turut susut berbanding yen kepada 3.6423/6459 daripada 3.6399/6438 semalam serta lemah berbanding pound Britain kepada 5.3695/3738 daripada 5.3634/3677.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Pengukuhan dolar US kekang permintaan terhadap Ringgit

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ringgit meneruskan aliran penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini berikutan minat untuk mengambil risiko terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh dengan harga minyak meningkat, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1400/1440 berbanding dolar US daripada 4.1380/1420 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata peningkatan dolar US dan hasil bon AS yang lebih tinggi mempengaruhi sentimen tempatan.

Beliau berkata Indeks Harga Pengeluaran China yang lebih rendah daripada jangkaan, yang diumumkan semalam, telah mempengaruhi sentimen.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0195 daripada 3.0198/0238 pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.7921/7979 daripada 4.8059/8118.

Mata wang tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6332/6370 daripada 3.6295/6340 semalam dan rendah berbanding pound British kepada 5.3990/4046 daripada 5.3976/3049.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka diniaga antara 4.13 dan 4.15 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Ringgit dijangka diniagakan antara 4.13 dan 4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan ketidaktentuan mata wang negara maju itu serta kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China yang berlarutan, kata peniaga.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran, FXTM Global, Jameel Ahmad berkata unit tempatan tidak akan dipengaruhi oleh ekonomi Malaysia atau laporan berita domestik bagi minggu akan datang.

“Saya rasa kita tidak boleh menolak kemungkinan lebih banyak ketegangan perdagangan akan berlaku, oleh itu saya lebih melihat tekanan terhadap pasaran mata wang negara pesat membangun akan berulang pada minggu depan.

“Bagaimana prestasi dolar AS seterusnya ketika memasuki suku terakhir 2018 adalah sukar dipastikan,” katanya dalam nota.

Beliau berkata ancaman Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif baharu terhadap China, selain amaran untuk mengeluarkan Kanada daripada Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (Nafta) akan mendorong dolar AS mengukuh dalam masa terdekat berikutan kebimbangan pertikaian perdagangan.

Jameel turut menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai pelik bagi ringgit yang bergelut mendapatkan petunjuk sama seperti mata wang serantau lain.

“Ringgit terbukti lebih berdaya tahan terhadap kenaikan kadar faedah AS baru-baru ini dan harga minyak mentah yang meningkat kepada paras tertinggi sejak 2014.

“Namun unit tempatan dijangka mengakhiri minggu dengan mengalami tekanan selepas maklumat terbaru mengesahkan ekonomi AS berkembang melebihi empat peratus yang sekali gus menyaksikan aktiviti belian dolar AS secara ketara pada tengah hari Khamis,” katanya.

Berdasarkan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1280/1320 minggu lepas.

Bagaimanapun, ringgit tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6472/6501 daripada 3.6609/6654 minggu lepas dan stabil berbanding euro kepada 4.7969/7007 daripada 4.8607/8679.

Ringgit tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0232/0263 daripada 3.0271/0304 minggu lepas dan kukuh berbanding pound Britain kepada 5.3984/3044 daripada 5.4428/4501.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit hampir tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini apabila semua pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat sementara menunggu keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) selama dua hari yang berakhir hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan itu berada pada 4.1350/1400 berbanding 4.1350/1390 yang dicatatkan pada 6 petang semalam.

Peniaga itu berkata keputusan mesyuarat tersebut boleh memberikan bayangan tentang hala tuju kenaikan kadar faedah pada masa depan yang akan mempengaruhi pergerakan dolar AS, yang telah mula menunjukkan trend menurun.

“Terdapat keyakinan dalam pasaran kenaikan kadar ketiga tahun ini apabila inflasi meningkat dan ekonomi berkembang,” katanya.

Pada mesyuarat bulan lepas, penggubal dasar AS berkata satu lagi kenaikan kadar kemungkinan besar akan dibuat ‘tidak lama lagi’.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.6609/6657 daripada 3.6638/6677 pada Selasa dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8628/8691 daripada 4.8644/8699.

Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0280/0321 daripada 3.0273/0309 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.4479/4561 daripada 5.4400/4465.

SUMBER: BERNAMA