Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini didorong kenaikan harga minyak dunia yang meningkatkan sentimen belian terhadap mata wang tempatan.

Pada 9.14 pagi, unit tempatan berada pada 4.1790/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1860 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata harga minyak mentah global mendapatkan semula asas kenaikan memandangkan peserta pasaran menjangkakan pengurangan bekalan yang diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum bagi tahun depan akan membantu menstabilkan pasaran.

“Harga minyak mentah yang lebih tinggi dilihat sebagai positif bagi hasil minyak dan gas Malaysia,” katanya.

Niaga hadapan minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) naik satu peratus kepada US$52.15 setong.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0444/0485 daripada 3.0473/0506 semalam dan kukuh berbanding yen kepada 3.6832/6886 daripada 3.7008/7038.

Mata wang tempatan naik berbanding pound kepada 5.2238/2317 daripada 5.2773/2827 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7344/7413 daripada 4.7603/7653.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 DIS: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju untuk menghentikan seketika perang perdagangan.

Pada 9.02 pagi, ringgit naik 50 mata asas kepada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1820/1870 pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata pertemuan antara Xi-Trump berakhir dengan harapan yang tinggi.

“Dengan ketegangan yang mereda akan mengurangkan tarikan perlindungan selamat dolar AS. Kita menjangkakan dolar akan lebih lemah berbanding mata wang utama lain, selain dorongan kepada aset lebih berisiko, termasuk mata wang dan saham pasaran sedang pesat membangun di Asia,” katanya kepada Bernama menerusi emel pada hari ini.

Meskipun menyatakan pasaran modal Malaysia perlu disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik, Innes bagaimanapun menjangkakan pasaran bon tempatan akan berdepan dengan peningkatan kebimbangan terhadap penjualan perbendaharaan AS.

“Walaupun pengenduran perang perdagangan baik bagi pasaran komoditi, dengan ketiadaan pengumuman rasmi atau tidak rasmi tentang pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum + (OPEC +), ringgit mungkin tidak berubah sehingga Sidang Kemuncak OPEC di Vienna pada 6 Dis, yang kelaknya akan menentukan nasib harga minyak dunia dalam masa terdekat ini,” katanya.

Pada paras pembukaan, ringgit juga diniagakan kukuh berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0491/0525 daripada paras penutup 3.0499/0546 pada Jumaat, naik berbanding yen kepada 3.6769/6814 daripada 3.6843/6903 dan menokok berbanding euro kepada 4.7367/7417 daripada 4.7545/7619.

Ringgit juga meningkat berbanding pound kepada 5.3311/3379 daripada 5.3375/3443.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disokong oleh harga minyak yang lebih baik, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1820/1870 berbanding dolar US daripada 4.1830/1880 pada Khamis.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata harga minyak telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, selepas merosot pada awal bulan ini kepada paras terendah dalam tempoh 11 bulan, merupakan petunjuk positif kepada negara pengeluar minyak.

Bagaimanapun, katanya mata wang terdedah kepada faktor luaran, terutamanya rundingan mengenai dasar perdagangan yang akan berlangsung antara Amerika Syarikat dan China pada Sidang Kemuncak G20 hari ini di Buenos Aires.

“Pasaran global berada dalam kebuntuan dengan ketidaktentuan perdagangan yang berterusan. Dengan sentimen lebih optimis pada cadangan AS-China meneruskan “seni bina” perdagangan baharu, tanpa mengetahui apa yang diperlukan dan tidak pasti mengenai hasil daripada majlis makan malam G20 pada Sabtu, pasaran masih tidak menentu,” katanya kepada Bernama.

Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping, akan bertemu pada majlis makan malam pada Sabtu untuk membincangkan mengenai dasar perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0523/0567 daripada 3.0495/0552 semasa ditutup pada Khamis, naik berbanding yen kepada 3.6862/6922 daripada 3.6923/6977 dan susut berbanding euro kepada 4.7620/7694 daripada 4.7561/7626 semalam.

Ia turut meningkat berbanding pound British kepada 5.3446/3514 daripada 5.3455/3535 pada Khamis.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 29 NOV: Ringgit dibuka tinggi hari ini disokong oleh minat yang lebih baik daripada pelabur apabila Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) membayangkan kenaikan kadar faedah neutral pada tahun depan.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1935/1975 berbanding dolar AS daripada 4.1980/2020 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata kenyataan daripada Pengerusi Fed Jerome Powell telah melegakan pelabur yang gelisah menunggu untuk melihat sama ada akan ada satu lagi kenaikan kadar faedah.

“Buat masa sekarang, sentimen pasaran telah bertambah baik, tetapi dorongan sebenar bagi pasaran sedang pesat membangun masih pada Sidang Kemundak G20 pada hujung minggu ini,” katanya sambil menambah ketegangan perdagangan yang berlarutan antara Amerika Syarikat dan China telah menjejaskan perdagangan negara-negara ini.

Hala tuju jelas akan apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada rundingan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0525/0565 daripada paras penutup 3.0464/0498 pada Rabu, susut berbanding yen kepada 3.6921/6963 daripada 3.6902/6941 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7663/7713 daripada 4.7353/7403.

Unit tempatan juga berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3777/3833 daripada 5.3571/3626 pada Rabu.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga rendah kesan turun naik pasaran global

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini kerana pasaran baru muncul terkesan akibat turun naik menjelang Sidang Kemuncak G20 yang akan berlangsung di Buenos Aires, hujung minggu ini.

Sidang kemuncak berkenaan akan menjadi fokus antara Amerika Syarikat (AS) dan China untuk membincangkan persengketaan perdagangan antara mereka.

Pada 9.00 pagi, ringgit adalah 4.1920/1960 berbanding dolar US daripada 4.1880/1920 pada Selasa.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata Presiden AS, Donald Trump, dan Presiden China, Xi Jinping, akan menghadiri majlis makan malam pada Sabtu, di luar Sidang Kemuncak berkenaan yang akan menjadi saat penting berhubung peningkatan ketegangan perdagangan kedua-dua negara.

“Komen Trump berhubung mesyuarat berkenaan menyebabkan pelabur berada dalam situasi yang agak sulit,” katanya kepada Bernama.

Penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow, dipetik sebagai berkata bahawa, Presiden AS itu berharap akan ada kejayaan dengan Xi, tetapi bersedia untuk mengenakan lebih tarif jika perbincangan itu tidak memberikan sebarang perkembangan.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama

Ia meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.0412/0448 daripada 3.0440/0474 pada penutup Selasa, meningkat berbanding yen kepada 3.6846/6885 daripada 3.6853/6898 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7311/7373 daripada 4.7366/7420 semalam.

Ia susut sedikit berbanding pound British kepada 5.3398/3453 daripada 5.3393/3461 sebelumnya.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan dengan para pelabur memantau perkembangan terkini prestasi ekonomi global.

Antara peristiwa penting yang berlaku minggu depan ialah Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) di Argentina, pengumuman indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan China dan pergerakan harga minyak.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda, Stephen Innes berkata PMI pembuatan China yang dijangka lemah pada November, boleh menjejaskan sentimen ekuiti serantau.

“Pelabur tempatan akan terus mengambil kira penurunan besar harga tenaga yang membawa kesan positif dan juga negatif kepada ekonomi Malaysia.

“Bagaimanapun, keseluruhannya, penurunan itu akan menjejaskan saham minyak dan gas utama di bursa tempatan manakala penurunan harga minyak petrol akan membawa kesan positif kepada pengguna,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, Innes berkata meskipun sentimen ringgit yang lemah dalam pasaran, tumpuan akan terarah kepada yuan, dan kesannya ke atas pasaran mata wang.

Beliau berkata meskipun penurunan harga minyak mentah dunia akan membawa kesan negatif kepada ringgit disebabkan kesannya kepada tabung kerajaan, namun terdapat petanda pemulihan dalam perdagangan pasaran sedang pesat membangun.

Menurutnya, satu daripada intipati mesyuarat G20 yang akan datang, yang bermula 30 Nov, adalah mesyuarat antara Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di Buenos Aires untuk mendamaikan pertelingkahan perdagangan mereka.

Dilaporkan bahawa AS dijangka menaikkan tarifnya kepada 25 peratus ke atas import China bernilai US$200 bilion pada 1 Jan, 2019 daripada 10 peratus ketika ini.

Innes mengunjurkan ringgit terapung antara paras 4.18 dan 4.21 minggu depan sekiranya harga minyak dunia bertambah baik ditambah dengan keputusan positif daripada Sidang Kemuncak G20.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, unit tempatan turun kepada 4.1920/1960 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1940 yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, berbanding kumpulan mata wang utama, unit tempatan diniagakan rendah.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0489/0530 daripada 3.0428/0462 dan berbanding yen Jepun, ia turun kepada 3.7150/7189 daripada 3.6946/6991.

Unit tempatan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.3855/3927 daripada 5.3603/3671 dan susut berbanding euro kepada 4.7680/7730 daripada 4.7506/7568.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 23 NOV: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan permintaan pasaran, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1950/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1940/1980 ketika ditutup semalam.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata risiko global yang tidak menentu dan penurunan harga minyak mentah menyebabkan kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran.

“Tumpuan kekal kepada mesyuarat antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping di Argentina minggu depan, yang mendorong pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pertemuan penting itu, yang mempunyai risiko kepada peniaga,” katanya kepada Bernama.

Pada 9.15 pagi, minyak mentah Brent merekodkan harga US$62.60 setong.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0594 daripada 3.0526/0560 ketika ditutup semalam, namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7117/7166 daripada 3.7131/7177.

Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.7848/7898 daripada 4.7824/7874 yang dicatatkan semalam dan lemah berbanding pound Britain keada 5.4015/4071 daripada 5.3629/3705.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ketegangan ekonomi global pengaruhi Ringgit minggu depan

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Pergerakan ringgit dijangka kekal pada aliran menurun minggu depan sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia disebabkan ketegangan baharu ekonomi global termasuk Brexit.

Ketua Penyelidik Pasaran dan Strategi Mata Wang FXTM, Jameel Ahmad, berkata ketidaktentuan pasaran global yang muncul semula terhadap Brexit mempengaruhi permintaan di pasaran baharu muncul minggu depan.

“Ia kelihatannya sama ada peniaga juga Parlimen United Kingdom (UK) yakin bahawa terma semasa yang dijamin oleh Perdana Menteri UK, Theresa May, dengan Kesatuan Eropah untuk Brexit akan mudah diteruskan, yang menonjolkan keperluan peniaga untuk memantau perkara ini sehingga Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah yang dijangka pada 25 Nov 2018,” katanya kepada Bernama.

Katanya, pasaran baharu muncul di seluruh Asia mungkin tidak terdedah kepada risiko berkaitan Brexit seperti dengan mereka yang dekat dengan UK dan Eropah, tetapi ia sesuatu yang boleh membuatkan pelabur kurang tertarik untuk melabur dalam aset berisiko, iaitu bagaimana pasaran baharu muncul akan terkesan secara negatif.

“Adalah menarik untuk melihat sama ada ketidaktentuan di Eropah menggalakkan pelabur untuk mengambil dolar untuk meningkatkan nilainya, yang akan membawa satu lagi kisah penyimpangan dolar yang menekan pasaran baharu muncul di seluruh dunia sepanjang sebahagian besar tahun ini,” tambahnya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit adalah dalam jajaran kecil berbanding dolar US.

Ringgit didagangkan kebanyakan rendah kerana pelabur berubah ke arah mata wang yang selamat disebabkan Rizab Persekutuan AS mengesahkan kedudukan dasar kewangan kadar faedah yang meningkat hujung tahun ini.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit lemah kepada 4.1900/1940 berbanding dolar US daripada 4.1780/1810 minggu sebelumnya.

Bagaimanapun, berbanding beberapa mata wang utama, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0428/0462 daripada 3.0315/0341 dan berbanding yen Jepun ia susut kepada 3.6946/6991 daripada 3.6685/6714.

Ia kukuh berbanding pound British kepada 5.3603/3671 daripada 5.4343/4386 tetapi lemah berbanding euro kepada 4.7506/7568 daripada 4.7362/7413.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1890/1920 berbanding dolar US daripada 4.1920/1960 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata peningkatan dolar US terhenti berikutan ia susut daripada paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan yang dicapai pada awal minggu ini.

Bagaimanapun, ini dijangka sementara, berikutan ekonomi AS yang kukuh dan kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0381/0405 daripada 3.0285/0333 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.6762/6795 daripada 3.6733/6781.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.4470/4525 daripada 5.4022/4099 dan susut berbanding euro kepada 4.7344/7395 daripada 4.7097/7146.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini ditengah-tengah peningkatan kebimbangan geopolitik terhadap Laut China Selatan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1820/1850 berbanding dolar US daripada 4.1800/1840 pada penutup Selasa.

Menurut seorang peniaga, ketegangan di Laut China Selatan meningkat sejak minggu lepas berikutan kenyataan Presiden China, Xi Jinping, untuk menumpukan persediaan menghadapi peperangan kepada komander tenteranya di wilayah Guangdong.

“Kebimbangan meningkat dan kenyataan baru-baru ini oleh Amerika Syarikat berhubung perang perdagangan antara kedua-dua negara memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, harga minyak mentah yang lemah menyebabkan ringgit menyusut memandangkan harga minyak mentah Brentr direkodkan pada US$76.31 setong berbanding US$76.77 setong semalam.

“Selain harga minyak yang rendah, pelabur juga menunggu pembentangan Bajet 2019 pada Jumaat. Sehingga itu, permintaan terhadap ringgit akan terus lemah,” katanya

Ringgit bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0180/0212 daripada 3.0194/0236 pada Selasa, berbanding euro, ia meningkat kepada 4.7424/7475 daripada 4.7497/7560 sebelumnya.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3128/3187 daripada 5.3349/3417 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6930/3960 daripada 3.7050/7095 semalam.

SUMBER: BERNAMA

 

Categories
EKONOMI

Asakan perkembangan luar, Ringgit dijangka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Ringgit dijangka diniagakan rendah berbanding dolar AS pada minggu depan, diasak oleh perkembangan luaran serta prestasi dolar AS yang terus kukuh, kata peniaga.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran Global FXTM, Jameel Ahmad berkata sentimen global dan prestasi pasaran saham juga akan mempengaruhi pergerakan ringgit minggu depan.

“Sama ada pasaran saham global terus terjejas akibat ketidaktentuan sama yang dialami sejak beberapa bulan lepas, akan menjadi faktor utama yang menentukan prestasi ringgit pada minggu depan.

“Jika aktiviti jualan saham berterusan di pasaran global pada minggu depan maka ringgit juga berkemungkinan mendapat kesannya apabila pelabur hilang minat terhadap pasaran negara pesat membangun,” katanya.

Jameel berkata ringgit juga berisiko untuk ditekan menghampiri paras 4.20 berbanding dolar AS.

“Setakat ini, gabungan kekukuhan dolar AS dan ketidaktentuan pasaran global terbukti menekan ringgit untuk jatuh ke paras menghampiri 4.20 minggu depan berbanding 4.15,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Industrial Development Finance Bhd, Dr Kamarudin Nor berkata ringgit susut berbanding dolar AS ke paras 4.1755 minggu lepas – paras yang sebelum ini dicatat pada November tahun lepas.

Menurutnya, prestasi ringgit juga seiring nasib mata wang lain di rantau ini.

“Ini berikutan pengukuhan ketara dolar AS yang mana indeks mata wang negara maju itu melonjak kepada 96.68 mata iaitu hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.

“Ringgit susut 0.42 peratus minggu ini yang menjadikannya turun 3.078 peratus berbanding dolar AS setakat tahun ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam masa terdekat ini, katanya, kebimbangan mengenai perang dagangan, kelembapan ekonomi dan dasar monetari China yang lebih ketat akan mempengaruhi risiko pelabur terhadap mata wang pasaran sedang pesat membangun, termasuk ringgit.

Di peringkat tempatan, jangkaan terhadap Bajet 2019 turut menjadi faktor penentu prestasi ringgit yang menjadikannya berdepan tekanan minggu depan dan dijejaskan lagi oleh penurunan harga minyak, kata Kamarudin.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.1730/1770 daripada 4.1560/1600, minggu depan.

Berbanding kelompok mata wang utama lain, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0154/0189 daripada 3.0129/0169 pada Jumaat lepas manakala berbanding yen Jepun, ringgit turun kepada 3.7282/7321 daripada 3.6982/7027.

Ringgit bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3419/3495 daripada 5.4132/4205 dan naik berbanding euro kepada 4.7384/7438 daripada 4.7619/7674, Jumaat lepas.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka susut berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 OKT: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka hari ini susulan kekurangan permintaan serta ketegangan geopolitik yang ketara, kata peniaga.

Pada 9 pagi ini, unit tempatan itu berada pada paras 4.1660/1700 berbanding 4.1655/1675 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata minat pelabur terhadap risiko terus berkurangan selain aktiviti jualan yang ketara di pasaran tukaran asing.

Ketua Perdagangan OANDA bagi Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata sentimen di peringkat serantau juga ternyata lebih berhati-hati ekoran pertumbuhan ekonomi China yang lebih perlahan dan turut memberi kesan terhadap sentimen ekuiti tempatan.

“Dolar AS dijangka meneruskan kenaikan berbanding ringgit dan akan menguji tahap 4.18 dalam masa terdekat ini. Malah ia lebih cepat sekiranya harga minyak terus menurun,” kata Innes.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lainnya, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0164/0204 daripada 3.0194/0215 pada Rabu namun berbanding yen Jepun, ia susut kepada 3.7210/7255 daripada 3.697/7012.

Selain itu, ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3691/3755 daripada 5.3831/3865 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7517/7567 daripada 4.7549/7589.

SUMBER: BERNAMA