Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.8990/9030 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 7 MAC: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dengan sentimen serantau positif selain berita mengejutkan berhubung keterbukaan Korea Utara kepada rundingan berkaitan senjata nuklear negara itu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 3.8990/9030 berbanding dolar AS daripada 3.9020/9050 semalam.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata mata wang serantau mendapat lonjakan daripada berita Korea Utara bersedia mengadakan rundingan dengan AS berhubung isu pengawalan senjata nuklear, sekiranya keselamatan regim itu dijamin.

Dolar AS juga terus lemah disebabkan kebimbangan berterusan berhubung perang perdagangan susulan cadangan Donald Trump mengenakan tarif ke atas import keluli dan aluminium.

Pada jam 3 petang ini, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan hasil mesyuarat kedua Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) .

Pada mesyuarat pertama MPC pada 25 Januari, BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9592/9633 daripada 2.9576/9608 Selasa dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6901/6950 daripada 3.6857/6888.

Ringgit juga susut berbanding pound British kepada 5.4173/4240 daripada 5.4039/4084 dan lebih lemah berbanding euro kepada 4.8414/8479 daripada 4.8158/8211.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.8990/9040 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 6 MAC: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian baharu bagi unit tempatan, susulan berita mengenai keputusan AS untuk mengenakan tarif ke atas aluminium dan keluli terus kekal di pasaran, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut pada 3.8990/9040 berbanding dolar AS daripada 3.9050/9080 pada Isnin.

Ketua Perdagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata, selain itu, harga minyak yang lebih tinggi berikutan laporan mengenai penurunan inventori minyak mentah di kemudahan penyimpanan US Cushing Oklahoma, turut menyokong ringgit.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan 0.32 peratus lebih tinggi kepada US$65.75 setong.

Di peringkat tempatan, Innes berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan dasar kadar faedahnya yang stabil minggu ini dengan keutamaan bank pusat kepada ringgit yang lebih kukuh sebagai elemen untuk mengetatkan keadaan monetari, dan ekonomi terus bertambah baik sepanjang 2018.

“Secara keseluruhannya, kenyataan BNM akan memberi manfaat kepada ekonomi dan menyokong pasaran bon.

“Bagaimanapun, berdasarkan mata wang semasa yang lemah di pasaran serantau, ia dijangka kurang menggalakkan,” kata Innes.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah 3.8900/8930 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 20 FEB: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dalam dagangan lengang selepas cuti perayaan yang panjang.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.8900/8930 berbanding dolar AS daripada 3.8890/8920, lapor BERNAMA.

Ketua Perdagangan OANDA Corp Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata sentimen dolar AS lebih luas akan menentukan kadar untuk mata wang serantau, serta ringgit.

“Bagaimanapun, harga minyak yang kekal kukuh susulan ketegangan di Timur Tengah dan pematuhan had pengeluaran oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum, akan menentukan kedudukan mata wang serantau, termasuk ringgit,” katanya.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9593/9627 daripada 2.9619/9660 pada Isnin dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6430/6468 daripada 3.6472/6510 semalam.

Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4433/4486 daripada 5.4508/4554 dan tinggi berbanding euro kepada 4.8255/8297 daripada 4.8259/8311.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 3.8860/8910 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 19 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini susulan penyusutan berterusan nilai dolar, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit mencatatkan paras 3.8860/8910 berbanding dolar daripada 3.8910/8980 pada Khamis, lapor BERNAMA.

Ketua Pedagang OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata berikutan hubungan antara kadar faedah AS ke atas tukaran asing kini terbuka, dolar terus berhadapan jualan walaupun pulangan bon meningkat.

Beliau bagaimanapun berkata, pasaran masih masih lengang susulan Tahun Baru Cina, sebahagian besarnya disebabkan Rizab Persekutuan AS yang senada dengan minit Jawatankuasa Komersial Terbuka Persekutuan, yang berkemungkinan menyebabkan turun naik dalam pasaran minggu ini.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9628/9673 daripada 2.9659/9724 pada Khamis dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6557/6611 daripada 3.6559/6635 minggu lalu.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4556/4634 daripada 5.4704/4818 dan tinggi berbanding euro kepada 4.8272/8338 daripada 4.8583/8678.

SUMBER: BERNAMA

Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.3960/4010 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 14 APRIL: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini, selepas pelabur terus membeli mata wang Asia, kata peniaga.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit disebut harga pada 4.3960/4010 berbanding dolar AS daripada 4.4100/4150 pada jam 6 petang semalam, lapor BERNAMA.

Peniaga berkata, dolar AS dijangka dalam arah aliran menyusut minggu ini berikutan isu geopolitik.

“Dolar AS susut 0.6 peratus minggu ini dan kami melihat trend ini akan berterusan,” katanya sambil menambah langkah yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia akan membantu memacu unit tempatan itu.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali euro yang susut kepada 4.6659/6717 daripada 4.6297/6998 penutup semalam.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1429/1469 daripada 3.1606/1646 pada Khamis dan menokok berbanding yen kepada 4.0267/0324 daripada 4.0474/0538 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.4968/5039 daripada 5.5297/5377 semalam.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Ringgit didagang RM4.46 berbanding dolar AS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 JAN: Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pada kadar 4.460/4650 hari ini berbanding 4.4560/4600, semalam.

Ringgit diniaga lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1217/1259 dan lebih baik berbanding yen kepada 3.8762/8809 daripada 3.9067/9113.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.7312/7383 daripada 4.7407/7468 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.4189/4259 daripada 5.4657/4711.

Sebahagian besarnya disebabkan kekurangan permintaan menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Peniaga berkata, walaupun ringgit sedikit rendah, ia dijangkakan akan meningkatkan momentum positif sekurang-kurangnya untuk tempoh pendek.

ringgit“Secara keseluruhan, dolar AS masih lemah, terima kasih kepada bakal Presiden AS, Donald Trump kurang jelas berkenaan dasar fiskalnya,” katanya.

Beliau berkata, mata wang ekonomi baharu muncul juga berada pada momentum positif yang boleh mempengaruhi pasaran mata wang Malaysia.

Sementara itu, Reuters melaporkan harga minyak kekal kukuh pada Jumaat disokong laporan berkenaan butiran pemotongan pengeluaran OPEC, walaupun keraguan berhubung pematuhan pengeluar masih wujud dengan sasaran pengurangan bekalan mengimbangi pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$53.01 setong pada 0052 GMT, tidak berubah daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan 1.8 peratus lebih tinggi kepada AS$56.11 setong.

-AA-

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 4.1365/1400 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 20 SEPT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal hari ini selepas peniaga menunggu keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut kepada 4.1365/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1330/1390 pada Isnin.

Peniaga berkata walaupun sesetengah pihak menjangka Fed mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada mesyuarat dua hari bermula hari ini, kecenderungan pegawai Fed untuk membayangkan satu lagi kadar kenaikan masih utuh.

“Selepas kenaikan kadar buat kali pertama pada Disember lalu sejak krisis kewangan, Fed mungkin menaikkan kadar lagi berdasarkan data pekerjaan yang bertambah baik di negara itu baru-baru ini,” katanya.

Unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen.

Ia lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0353/0390 daripada 3.0303/0351 pada Isnin, namun kukuh berbanding yen kepada 4.0566/0612 daripada 4.0575/0646.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3940/3990 dari 5.3936/4018 dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.6221/6277 daripada penutup Isnin iaitu 4.6157/6228.

EZY

Categories
NASIONAL

Ringgit diniaga 3.9000/9080 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 26 APR: Ringgit melantun untuk dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini susulan minat belian yang diperbaharui selepas kejatuhan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 3.9000/9080 berbanding dolar daripada 3.9045/9105 pada Isnin.

ringgitmalaysiaRinggit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.8823/8903 daripada 2.8847/8902, manakala mengukuh berbanding yen kepada 3.5075/5157 daripada 3.5119/5182.

Ia lebih kukuh berbanding euro pada 4.3934/4028 daripada 4.3941/4017, tetapi lebih lemah berbanding pound British kepada 5.6515/6650 daripada 5.6330/6425. – BERNAMA

Categories
NASIONAL

Ringgit catat kenaikan 4.10 seunit berbanding USD

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Ringgit Malaysia kekal berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila unit tempatan itu berada pada 4.10 bagi setiap satu USD, setakat jam 10 pagi tadi.

Keadaan ringgit yang dilihat berlaku sedikit perubahan baik itu turut memberi kesan kepada keadaan ekonomi semasa dan rakyat.

ringgitmalaysiaBagaimanapun, catatan itu masih dianggap tinggi berbanding sebelumnya kerana didapati diniagakan pada paras lebih rendah.

The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan ringgit diniagakan lemah berbanding Euro apabila berada pada paras kira-kira 4.70 bagi setiap satu EUR.

Manakala, unit tempatan diniagakan pada paras 2.99 berbanding sebelumnya mencecah hingga ke 3.04 berbanding dolar Singapura,.

Kadar pertukaran mata wang Malaysia paling teruk merosot tahun ini susulan kontroversi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

-NFN-