Categories
AGENDA NASIONAL

Kanak-kanak perempuan autisme maut tertinggal dalam van

SEREMBAN, 13 OKT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai kematian kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran itu pada pukul 7.46 malam.

“Hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van berumur 34 tahun. Bagaimanapun, lelaki tersebut telah pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam van berkenaan.

“Pemandu van itu dipercayai tidak menyedari mangsa berada di dalam van dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di hadapan rumah lelaki berkenaan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mangsa bagi mengenal pasti punca kematian.

Mohamad Said berkata tangkapan dibuat ke atas pemandu berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-BERNAMA

Categories
GLOBAL

Van rempuh pejalan kaki di Masjid Finsbury Park

LONDON, 19 JUN: Sebuah van merempuh beberapa pejalan kaki hingga mengakibatkan kecederaan dalam kejadian yang berlaku di utara London, hari ini.

masjidPolis British memaklumkan, mereka menerima laporan berhubung kemalangan di Jalan Seven Sisters, yang terletak di kawasan Finsbury Park, pada jam 12.20 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, The Sun melaporkan van itu merempuh orang ramai berhampiran masjid, di Finsbury Park.

“Beberapa mangsa cedera dan seorang lelaki ditangkap, ” kata polis yang dipetik RUETERS.

Seorang saksi berkata, dia melihat sekurang-kurangnya seorang mangsa dimasukkan ke sebuah ambulans selain terdapat kehadiran polis dan ambulans di lokasi kejadian.