Categories
GLOBAL

Paris timbang tawar pengangkutan awam percuma

PARIS 21 MAC: Datuk Bandar Paris menimbang untuk menjadikan semua pengangkutan awam di ibu kota itu percuma dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Namun, rancangan itu mendapat kritikan hebat ketua pihak berkuasa pengangkutan wilayah yang mengatakan tindakan terbabit akan membebankan pembayar cukai.

Datuk Bandar Sosialis, Anne Hidalgo, mengumumkan rancangan kajian kebolehlaksanaan pengangkutan percuma bandar ini lewat semalam dan memaklumkan akhbar harian Perancis, Les Echos, beliau mahu berdebat isu itu sebelum pilihan raya perbandaran pada 2020.

Hidalgo berkata, semua bandar besar dunia cuba membangunkan pengangkutan bersih dan meningkatkan kualiti udara dengan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya, matlamat menjadikan pengangkutan awam lebih menarik.

“Untuk memperbaiki pengangkutan awam, kita bukan saja perlu menjadikannya lebih meluas, kerap dan selesa, namun turut memikirkan semula sistem tambang,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun, ahli politik konservatif, Valerie Pecresse merangkap ketua wilayah Ile-de-France di sekitar ibu kota ini dan presiden pihak berkuasa pengangkutan kawasan (IDFM) menolak cadangan Hidalgo, mengatakan jika pengguna tidak membayar maka pembayar cukai perlu menampungnya.

“Keutamaan kita hari ini ialah memodenkan pengangkutan. Jualan tiket membawa hasil tiga bilion euro (RM14.42 bilion) setahun dan kita memerlukan wang itu,” kata Pecresse kepada Radio Classique.

Pecresse yang mungkin mencabar Hidalgo dalam undian Datuk Bandar pada 2020 berkata, pengangkutan percuma kepada penduduk ibu kota ini sahaja tidak adil kerana tidak dapat dinikmati penduduk pinggir bandar.

SUMBER: REUTERS

Categories
GLOBAL

Van rempuh pejalan kaki di Masjid Finsbury Park

LONDON, 19 JUN: Sebuah van merempuh beberapa pejalan kaki hingga mengakibatkan kecederaan dalam kejadian yang berlaku di utara London, hari ini.

masjidPolis British memaklumkan, mereka menerima laporan berhubung kemalangan di Jalan Seven Sisters, yang terletak di kawasan Finsbury Park, pada jam 12.20 pagi waktu tempatan.

Sementara itu, The Sun melaporkan van itu merempuh orang ramai berhampiran masjid, di Finsbury Park.

“Beberapa mangsa cedera dan seorang lelaki ditangkap, ” kata polis yang dipetik RUETERS.

Seorang saksi berkata, dia melihat sekurang-kurangnya seorang mangsa dimasukkan ke sebuah ambulans selain terdapat kehadiran polis dan ambulans di lokasi kejadian.

Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Agensi perisikan Korea Utara ada syarikat senjata di KL?

KUALA LUMPUR: Agensi Berita Antarabangsa REUTERS mendedahkan di sebalik pintu tidak bertanda di aras dua sebuah bangunan usang di kejiranan Little India di sini, wujudnya operasi syarikat peralatan ketenteraan digelar Glocom dikendalikan ejen perisikan Korea Utara.

Glocom adalah syarikat menjual peralatan radio tempur sebagai pelanggaran sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), menurut laporan PBB untuk Majlis Keselamatan yang diperoleh Reuters.

Reuters mendapati, Glocom mengiklankan lebih 30 sistem radio untuk organisasi ‘tentera dan separa tentera’ di laman web miliknya di Malaysia, glocom.com.my. Laman web Glocom yang dipadam akhir tahun lalu, menyenaraikan alamat Little India di bahagian hubungannya.

Tiada siapa menjawab panggilan di pejabat itu manakala peti surat di luar dipenuhi dengan surat tidak dibuka.

Tiada syarikat dengan nama itu wujud di Malaysia. Bagaimanapun, dua syarikat Malaysia dikawal pemilik saham Korea Utara dan pengarah mendaftarkan laman web Glocom pada 2009, menurut laman web dan dokumen pendaftaran syarikat.

A general view of the building housing Glocom's offices in Kuala Lumpur, Malaysia February 7, 2017. REUTERS/Ebrahim Harris
A general view of the building housing Glocom’s offices in Kuala Lumpur, Malaysia February 7, 2017. REUTERS/Ebrahim Harris

Laporan deraf PBB berkata, ia sememangnya memiliki perniagaan disebutkan. Julai lalu, satu penghantaran udara peralatan komunikasi tentera Korea Utara dilakukan dari China menuju ke Eritrea, dipintas di sebuah negara tidak dinamakan.

Peralatan rampasan termasuk 45 kotak radio tempur dan aksesori dilabel ‘Glocom’, nama pendek untuk Global Communications Co. Glocom dikawal Biro Peninjauan Awam (RGB), agensi perisikan Korea Utara ditugaskan dengan operasi luar negara dan pemerolehan senjata, kata laporan yang memetik maklumat tidak didedahkan.

Seorang jurucakap untuk misi Korea Utara di PBB memberitahu Reuters, beliau tiada maklumat mengenai Glocom. Resolusi PBB 1874, diguna pakai pada 2009, melanjutkan embargo senjata ke atas Korea Utara untuk memasukkan peralatan tentera dan semua bahan berkaitan.

Namun pelaksanaan sekatan itu tidak mencukupi dan sangat tidak konsisten dalam kalangan negara anggota, kata laporan PBB, dengan Korea Utara menggunakan teknik mengelak yang meningkat dari segi skala, skop dan kecanggihan’.

Malaysia adalah satu daripada segelintir negara di dunia yang memiliki hubungan kuat dengan Korea Utara. Rakyat mereka boleh saling berkunjung tanpa visa.

Bagaimanapun, hubungan itu mula bertukar keruh selepas abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 13 Februari lalu.

Menurut pangkalan data ‘WHOIS’, yang mendedahkan pemilikan laman web, Glocom.com.my didaftar pada 2009 oleh sebuah entiti digelar International Global System menggunakan alamat ‘Little India’.

Syarikat nama sama, International Golden Services disenarai sebagai orang hubungan di laman web Glocom. Glocom dikendalikan cawangan syarikat Pyongyang berpusat di Singapura digelar Pan Systems, kata laporan deraf PBB, memetik invois dan maklumat lain.

Pengarah Urusan Pan Systems di Singapura, Louis Low, berkata syarikatnya pernah memiliki pejabat di Pyongyang sejak 1996, namun secara rasmi menamatkan hubungan dengan Korea Utara pada 2010 dan tidak lagi memiliki kawalan sebarang perniagaan di sana.

“Mereka menggunakan nama Pan Systems dan mengatakan ia syarikat asing, namun mereka mengendalikan segala-galanya sendiri,” katanya.

=EZY=

Categories
NASIONAL

Bapa penumpang MH370 ambil tindakan mahkamah ke atas MAS, Boeing

SHAH ALAM, 26 MAC: Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan pengeluar pesawat Boeing Co bakal berdepan dengan tindakan mahkamah selepas bapa kepada Firman Chandra Siregar yang juga penumpang pesawat MH370 memfailkan petisyen bagi mendapatkan bahan bukti kes terbabit.

Perkara itu dilaporkan REUTERS selepas firma yang diwakili Januari Siregar membuat satu kenyataan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas dua syarikat berkenaan.

eeeFirman adalah salah seorang daripada tujuh warga Indonesia yang menaiki pesawat MH370 dan penerbangan itu dilaporkan berakhir di Lautan Hindi, pada 24 Mac lalu.

Firma Ribbeck Law dari Chicago, Amerika Syarikat menjelaskan petisyen itu dilakukan untuk memperoleh bukti berkenaan tragedi terbabit yang difailkan ke atas Boeing Co dan Malaysia Airlines pengendali penerbangan itu.

Peguam, Monica Kelly, berkata pemfailan petisyen berkenaan adalah permulaan kepada saman berjumlah berjuta dolar oleh keluarga Firman ke atas MAS dan Boeing.

782845-8d9f16fe-ac1d-11e3-bbbe-18ebc4e71679“Kita percaya dua defendan yang dinamakan bertanggungjawab ke atas bencana yang membabitkan MH370,” katanya.

Petisyen yang difailkan di Cook County, Illinoie Circuit Court itu juga dilakukan bagi mendapatkan bukti berhubung kemungkinan masalah pesawat berkenaan berpunca daripada kecacatan rekaan dan pembuatan.