Categories
PBT SELANGOR

WARNA medan karya seni dan budaya

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 10 OGOS: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program WARNA yang bakal berlangsung, pada 12 Ogos ini di Laman Seni 7, Seksyen 7.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program itu memberi peluang kepada golongan kreatif berkarya dan memperkasakan bandar raya berkenaan sebagai kota seni.

Katanya, ia antara lain menampilkan artis, Lea Ismail yang akan mempersembahkan beberapa ‘single’ terbaru seperti Langkah Baru dan Sinaran, selama 30 minit secara akustik.

“Pelbagai aktiviti seni akan turut diadakan bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana indah lukisan mural yang menghiasi dinding di sekeliling Laman Seni 7,” katanya dalam kenyataan.

Bertemakan Bulan Kemerdekaan, program WARNA dijangka bermula pada jam 3 petang hingga 7 petang.

Untuk pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, Masrurah Irina Md Kamal di talian 03-5510 5133 sambungan 1287 atau 1374.

Categories
SELANGOR

Bingkisan warna latari bandaraya Shah Alam esok

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 7 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam Alam (MBSA) menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan anak muda melalui penganjuran bingkisan seni Program Warna, pada 8 Ogos ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat, Shahrin Ahmad, berkata program itu akan bermula jam 2 petang hingga 7 malam bertempat di Laman Seni 7, di Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, di sini.

“Program itu bertujuan menanamkan semangat patriotisme dan mendidik anak muda terhadap perjuangan pemimpin negara dalam membebaskan negara dari ancaman penjajah sempena sambutan kemerdekaan.

selangor merdeka 04“Aktiviti yang dijalankan melibatkan kesenian dan kebudayaan sambil memberi peluang kepada pengunjung menikmati lukisan mural yang menghiasi dinding di sekeliling Laman Seni 7,” katanya.

Shahrin berkata, turut hadir adalah artis tempatan terdiri dari kalangan anak muda seperti The Rudean, Banana Cheese Percussion, Nada Akustika, Fazleena & The Lasykar dan Otam yang akan memeriahkan lagi program.

“Mereka akan mempersembahkan muzik tempatan, lagu patriotik dan deklamasi sajak.

“Selain itu, persembahan dari kumpulan muzik traditional Balle-Balle serta tarian dan muzik tradisional dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Selangor (JKKNS),” katanya.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi Pegawai Kebudayaan MBSA, Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888 atau Shahrin Ahmad (013-3380551).

-NFN-

Categories
SELANGOR

‘Warna’ realisasi kota seni Shah Alam

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 12 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan program kesenian dan kebudayan bertema warna dalam usaha merealisasikan Shah Alam sebagai bandaraya seni, pada 13 Jun ini.

MBSA-Shahrin AhmadTimbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, Shahrin Ahmad, berkata program Warna Kasih Ramadan itu mengetengahkan program ilmuan dengan kehadiran artis Daqmie dan Hisyam Lois.

“Antara persembahan seni dan kebudayaan yang dipersembahkan adalah dari kumpulan muzik Balle-Balle, tarian dan muzik tradisional dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor (JKKNS).

“Pengisian aktiviti yang diadakan bertujuan mempromosi Laman Seni 7 kepada pelancong luar bagi menikmati kesenian yang dipamerkan di bandaraya Shah Alam,” katanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi Pegawai Kebudayaan MBSA Mohd Zulfahmee Ismail di talian 013-3507888 atau Shahrin Ahmad (013-3380551).

-NFN-