Categories
NASIONAL

Nurul Izzah Selar Tindakan Umno Lembah Pantai

PETALING JAYA, 25 APRIL: Ramai dikalangan pengundi yang nama mereka hilang daripada daftar pemilih disamping peningkatan pengundi baru yang melampau menjadi sebab usaha pemantauan pengundi dilakukan bagi membantu pengundi mengenal pasti lokasi membuang undi ketika Pilihanraya Umum ke -13 nanti.

Ahli Parlimennya, Nurul Izzah Anwar menjelaskan bahawa pihaknya hanya melakukan kajian dilapangan mengenai status pengundi di kawasan Parlimen yang disandangnya itu bagi menyiasat nama-nama pengundi yang hilang dari rekod daftar pemilih.

Tuduhan Umno Lembah Pantai kononnya Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah mengeluarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih disifatkan sebagai suatu pertuduhan liar.

“Saya menyelar tindakan Umno lembah Pantai yang sering menggangu tugas saya sebagai Ahli Parlimen.

“Umno Lembah Jaya juga bertindak melampaui batas apabila petugas pejabat saya ditangkap mereka ketika sedang melakukan culaan undi atas alasan yang tidak munasabah bulan lalu,”jelasnya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menegaskan surat yang dimaksudkan Umno itu sebenarnya adalah makluman kepada penduduk hasil kajian pejabatnya berhubung nama-nama pengundi yang hilang dari daftar pemilih di kawasan Parlimen lembah Pantai.

Kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan liar Umno selama ini kononnya Izzah sedang giat mengedarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih penduduk.

?Berdasarkan kajian pejabat saya, ramai dari nama mereka sudah hilang daripada daftar pemilih bagi kawasan parlimen Lembah Pantai.

?Surat itu juga jelas menyatakan bahawa kemungkinan besar nama-nama itu hilang disebabkan perkara yang sah, lalu dibuang daripada daftar pemilih atas sebab termasuklah kematian dan pemindahan yang tulen,? katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Kenyataan Izzah dikuatkan lagi dengan pendedahan tiga maklumbalas yang diterima daripada pengundi kepada media hari ini.

Merujuk kepada maklum balas penduduk itu, salah seorang daripada mereka mengakui namanya tertera di dalam daftar pemilih yang menggunakan alamat terkini, namun hakikatnya ia tidak wujud.

Dalam perkembangan lain, media hari ini melaporkan, Umno Bahagian Lembah Pantai mengutuk usaha Nurul Izzah mengedarkan surat maklumat palsu berhubung status daftar pemilih kepada 30 penduduk di Perumahan Awam Seri Pahang, Bangsar.

Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Izzah berkata seharusnya semua pihak termasuk Umno Lembah Pantai untuk berkerjasama dengan Pejabat Ahli Parlimen dalam membantu SPR membuat semakan daftar pemilih dan bukannya membuat tuduhan liar seperti yang dilemperkan keatas dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.