Categories
SELANGOR

Pasaraya Patut Wujudkan Pakir Khas Wanita Elakan Jenayah

AMPANG, 21 JULAI: Saranan parkir khas wanita dibuat NGO kawasan Pandan berikutan berberapa serangan terhadap wanita yang berlaku di tempat letak kereta pasar raya.

Parkir Khas ?W? dicadangkan diletak berhampiran pintu masuk bagi membolehkan wanita berseorangan dan mereka yang tidak ditemani lelak dewasa berjalan daripada kereta ke pasaraya dengan selamat.

Anggota NGO tersebut, Gabungan Wanita Pandan, berkata demikian semasa menyerahkan memorandum mengenai perkara itu kepada pengurusan pasaraya Tesco Ampang, di sini.

Ahli Dewan Undangan Chempaka, Iskandar Samad yang menemani mereka berkata beliau akan membawa saranan ini kepada Exco Hal Ehwal Wanita Rodziah Ismail.

“Kadang-kadang bila tak dapat cari ‘parking’ maka dia terpaksa ‘parking’ jauh dari penglihatan orang ramai.

“Ini ada bahayanya, sebab di tempat seperti itu mudah menjadi sasaran penjenayah seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Jadi saya rasa ini dapat membantu, tetapi mestilah khas untuk wanita yang datang tanpa ditemani lelaki dewasa,” ujar Iskandar.

Pada 3 Julai lalu, seorang wanita terpaksa mendapatkan rawatan di hospital kerana cedera parah apabila lehernya  dikelar oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba merompak atau merogol beliau.

Kejadian di Tesco Ampang itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 tengahari ketika wanita tersebut sedang menuju ke keretanya selepas selesai membeli-belah di pasaraya itu.

Seorang anggota Gabungan Wanita Pandan Zarina Hamid berharap cadangan mereka diambil dengan serius bagi melindungi golongan kaum wanita dari keganasan jenayah.

“Kalau parking di depan ni, rasa lebih selamatlah sebab kalau parking jauh tanpa ditemani suami macam-macam boleh jadi,” katanya.

Basma Yusuf pula berkata selain merizabkan pakir khas untuk wanita berhampiran bangunan pasaraya, beliau juga berharap agar pihak polis dapat mengadakan pemantauan dengan lebih kerap lagi.

“Cadangan ini bagus, sebab wanita memang sering jadi sasaran mudah penjenayah.?

Memorandum tersebut telah diterima oleh wakil pengurusan pihak pasaraya terlibat dan berjanji untuk mengkaji cadangan yang terkandung dalam memorandum tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.