Categories
NASIONAL

Selepas Dua Tahun, Kempen MyDaftar Tidak Kena Sasaran


KLANG, 7 JULAI: Prestasi Kempen MyDaftar oleh Kerajaan Pusat didakwa mengecewakan kerana hanya 652 daripada 9,500 peserta berjaya memperoleh kad pengenalan warganegara berwarna biru (KP biru).

Kekecewaan nyata dilihat pada wajah Karam Kaur, 49, isteri kepada Abu Bakar Mahmud, yang tidak memiliki KP biru sejak dilahirkan di Malaysia 70 tahun yang lalu.

?Saya kecewa kerana suami saya, seorang warga OKU, masih tidak mempunyai kad pengenalan biru sejak sekian lama.

?Ini mengakibatkan suami saya tidak mendapat manfaat seperti OKU yang lain,? kata Karam, yang berasal dari Pelabuhan Klang.

Beliau antara 50 individu berketurunan India yang pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Klang semalam bagi mengemukan masalah kad pengenalan bewarna merah (penduduk tetap).

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang menemani mereka, kesal diatas perlaksanaan kempen MyDaftar yang sepatutnya membantu menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India.

Menurut beliau, berdasarkan jawapan yang diterima pada sesi Parlimen sebelum ini, hanya 9,000 orang sahaja yang telah mendaftar melalui kempen yang bermula pada Februari 2011.

Manakala dianggarkan, 300,000 individu berketurunan India masih tiada KP biru.

“Implimentasi My Daftar mengalami kegagalan sebab berdasarkan jawapan yang diterima pada sidang Parlimen, kerajaan memaklumkan hanya 9,500 orang telah mendaftar dibawah MyDaftar.

?Daripada jumlah berkenaan, hanya 652 yang berjaya mendapat kad pengenalan biru.

“Ini tidak munasabah sedangkan beribu rakyat Malaysia telah dinafikan hak untuk mendapatkan kewarganegaraan.

?Ini mengakibatkan mereka menjadi miskin kerana bila mereka bekerja, mereka tidak mendapat caruman dan lebih malang, mereka tidak dibayar gaji,” katanya.


Katanya, di kawasan beliau terdapat pelajar tingkatan dua yang tidak mempunyai kad p[engenalan dan bakal menghadapi peperiksaaan penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun hadapan.

Jelas beliau lagi, kerajaan pusat tahu mengenai perkara ini namun tidak mengambil tindakan yang lebih berkesan memandangkan jumlah mereka yang mengalami keadaan sebegini terlalu besar.

Beliau menambah, perkara ini boleh diselesaikan sekiranya MyDaftar II diperkenalkan atau rakyat mengambil keputusan menukar tampuk pemerintahan di peringkat persekutuan.

Turut hadir Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam, Peguam PKR, Lateefa Koya dan Naib Presiden PKR, N Surendran.

Mereka datang menuntut penjelasan daripada JPN berhubung kesukaran mereka untuk mendapatkan kad pengenalan warganegara Malaysia.

Di dalam pertemuan itu, perbincangan menjadi tegang ekoran percanggahan pendapat antara Lateefa dan Pengarah JPN Selangor, Mohd Azmin Hasan.

Sementara itu, Surendran meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan berhubung kegagalan kempen Mydaftar yang diselenggara MIC.

Surendran berkata, karenah birokrasi dan proses yang lembab menjadi punca kira-kira 300,000 rakyat Malaysia keturunan India dinafikan hak sebagai warganegara.

?Ini polisi yang sengaja menafikan hak warganegara berturunan India. Mereka kini seperti tanpa negara (stateless). Kita minta supaya Najib selesaikan, kerana nampaknya JPN ada masalah,? katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.