Categories
SELANGOR

Peruntukkan RM1,250 Untuk Surau Laksana Solat Jumaat

SHAH ALAM 22 NOV : Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1,250 sebagai sumbangan moreh kepada semua surau di seluruh negeri yang melaksanakan solat Jumaat setiap minggu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masa kini terdapat 192 surau yang mendapat kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat.

Katanya, daripada jumlah itu yang terbanyak adalah di kawasan Hulu Langat diikuti Petaling Jaya dan Klang.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri masih mengutamakan belanjawan untuk masjid, hal itu kerana mengambil kira penggunaan masjid setiap hari.

“Kita sudah berbincang dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari segi penggunaaan kedua-dua surau dan masjid itu.

“Setakat ini, kita dapati dari segi penggunaan surau, jika kita perkembangkannya, surau akan bersaing dengan masjid, oleh kerana itu, masjid diberi keutamaan dari segi peruntukkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha.

Leave a Reply

Your email address will not be published.