Categories
SELANGOR

Selangor Mahu Sediakan Kediaman Bagi Disewa Golongan Miskin Bandar

SHAH ALAM, 29 NOV : Kerajaan Negeri bercadang untuk menyediakan kediaman bagi disewakan kepada golongan miskin bandar sebagai langkah memastikan seluruh rakyat di Selangor memliki tempat tinggal.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu harus dilaksanakan memandangkan tidak semua golongan di negeri ini mampu membeli rumah atau memiliki kediaman sendiri.

“Perkara itu sangat penting dan mesti dibincangkan semula dari segi polisi.

?Saya dapati dalam usaha untuk memberikan kesempatan kediaman bagi seluruh keluarga di Selangor, bukan sahaja strategi menjual rumah kepada rakyat, tetapi memberi peluang kepada sewaan.

“Kita akan mula usahakan di masa depan supaya tiada siapa pun tidak mempunyai kediaman sama ada menjadi pemilik atau penyewa.?

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan ADUN Lembah Jaya Khasim Abdul Aziz di dalam sesi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, usaha Kerajaan Negeri untuk membina lebih banyak rumah kos rendah dan rumah kos sederhana akan dilakukan secara berterusan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri akan membuat strategi baru menggunakan peruntukan sejumlah RM 50 juta daripada rizab negeri bagi memperbanyakkan pembinaan Rumah Mampu Milik di Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.