Categories
NASIONAL SELANGOR

Jepun Hanya Bina Terowong, Tidak Terlibat Pembinaan Langat 2

Dr Xavier Jayakumar

SHAH ALAM, 5 JAN : Kerajaan Negeri hari ini menafikan kenyataan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung rancangan pembinaan projek Langat 2 yang dikatakan mendapat sokongan Kerajaan Jepun.

Sebaliknya, menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, Jepun hanya terlibat dengan kerja-kerja pembinaan terowong sepanjang 44 kilometer (km) bagi penyaluran air dari Pahang ke Selangor melalui pinjaman dana sejumlah RM2.4 bilion.

Justeru, adalah tidak wajar bagi Noh untuk mengatakan bahawa Jepun menyokong penuh usaha Kerajaan Pusat membina Loji Rawatan Air Langat 2 itu.

“Kita sarankan Noh Omar agar menyorot kembali ?sejarah? 16 tahun kebelakang di mana pada sekitar tahun 1998, projek Langat 2 bukanlah menjadi keutamaan pemimpin Umno-BN pada masa itu.

“Ini kerana, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih cenderung terhadap projek mega seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bernilai RM10.6 bilion, Putrajaya ( RM20.5 bilion), Menara Berkembar Petronas (RM4.8 bilion), Litar Lumba F1(RM286 juta) dan pembelian dua kapal selam Scorpene (RM4.5 bilion).

“Jadi jelas dana Kerajaan Persekutuan ketika itu ?langsai? digunakan untuk projek-projek mega Mahathir dan tiada peruntukan di?rezab?kan untuk Langat 2. Jadi jelas inilah antara alasan kenapa Langat 2 terpaksa ditangguh perlaksanaan lebih 16 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Noh Omar mendakwa pembinaan Langat 2 yang dicadangkan sebagai cara untuk menangani krisis air Selangor turut disokong kerajaan Jepun.

Dalam pada itu, Dr Xavier turut melahirkan kekecewaan terhadap tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang meminta bantuan lori tangki daripada Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Melaka (SAMB), Syarikat Air Johor (SAJ) dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) untuk membekal air di kawasan-kawasan yang terjejas.

Tegasnya, Kerajaan Negeri sendiri melalui pelan bantuan telah mengarahkan pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kajang (MPKj) Ampang (MPAJ) dan seluruh PBT di negeri Selangor menyediakan lori tangki di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, Syabas seharusnya menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Datuk Khusrin Munawi bagi mendapatkan bantuan, namun atas dasar angkuh, ia tidak berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published.