Categories
NASIONAL

Tiada Halangan DAP Guna Lambang PKR, Pas

pakatan putrajaya 01

SHAH ALAM 25 Mac : Tiada halangan untuk pemimpin parti DAP bertanding menggunakan lambang rakan gagasan Pakatan Rakyat yang lain sekirannya benar Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhasrat membatal pendaftaran parti itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata kesediaan ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang untuk menggunakan lambang PAS, jelas mencerminkan kekuatan muafakat dalam gagasan Pakatan Rakyat.

“Kita hargai hasrat Kit Siang itu, pada saya ia mengambarkan bertapa percayanya DAP terhadap PAS yang menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat.

“Ini membuktikan semangat setia kawan di dalam Pakatan Rakyat semakin akrab,? kata Salahudin apabila dihubungi TVSelangor.

Sebelum ini, Lim dilaporkan sebagai berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya ROS membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan parti pada tahun lalu.

Dalam beberapa siri tulisannya di Twitter, Kit Siang berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, beliau bimbang terdapat konspirasi untuk mengelak partinya daripada menggunakan lambang sendiri.

Naib Presiden PKR, N Surendren berkata PKR sentiasa membuka pintu untuk DAP menggunakan lambang partinya dalam mencapai hasrat mengambilalih pentadbiran negara selepas
pilihanraya umum ke-13 nanti.

Surendran juga tidak menolak kemungkinan tindakan ROS untuk membatalkan pertubuhan parti DAP datangnya dari arahan Umno-BN.

“Tiada sebab munasabah mengapa ROS perlu membatalkan pendaftaran parti DAP.

“Jika pendaftaran parti DAP dibatalkan, ia jelas adalah dari arahan Umno-BN. Ini jelas percubaan untuk mencuri pilihanraya umum daripada Pakatan Rakyat.”

Leave a Reply

Your email address will not be published.