Categories
NASIONAL

Bantah Penipuan PRU13 Di Stadium Kelana Jaya Pakai Baju Hitam

Anwar PC

PETALING JAYA, 7 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru orang ramai hadir yang akan hadir di Stadium Kelana Jaya malam esok(8 Mei) agar mengenakan pakaian serba hitam.

Menurut beliau, tindakan tersebut sebagai lambang protes kepada penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berlangsung Ahad lalu.

“Ini adalah satu langkah yang untuk membersihkan negara ini daripada penyelewengan dan penipuan pilihan raya, kini tiada peluang untuk pembaharuan tanpa pilihan raya yang adil dan bersih,” kata Anwar.

Semasa pilihan raya berlangsung baru-baru ini, BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pelbagai penyelewengan dan penipuan bagi membolehkan parti itu menang.

Antaranya termasuklah penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal, warga asing dan cubaan menyeludup masuh atau keluar peti undi dari tempat pengiraan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.