Categories
SELANGOR

Rodziah : Mengembleng Tenaga Rakyat Untuk Memasyarakatkan Kebajikan

rodziah bubur lambuk dengkil 02

SHAH ALAM 27 JULAI : Rakyat Selangor akan digembleng menjadi masyarakat prihatin dan bersikap suka membantu antara satu sama lain menerusi konsep memasyarakatkan kebajikan yang akan diterapkan dalam program kebajikan Kerajaan Negeri.

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata melalui konsep tersebut, golongan kurang bernasib baik akan terbela serta mendapat bimbingan dari mereka yang berkemampuan.

Katanya, golongan yang berkebolehan dalam sesuatu bidang boleh membantu dan mendidik kumpulan yang memerlukan.

“Saya ingin membudayakan masyarakat di Selangor iaitu mempunyai sikap suka memberi sumbangan, memiliki sikap kemasyarakatan.

“Ia tidak semestinya sumbangan dalam bentuk wang ringgit tetapi adakalanya kepakaran, masa atau apa saja yang perlu.

?Sebab kita nak merapatkan jurang antara yang profesional dengan golongan rendah, yang miskin dengan kaya serta yang berstatus dengan yang tidak.”

Beliau berkatanya demikian kepada TVSelangor selepas Program Kasih Prihatin Syawal Pusat Wanita Berdaya (PWB) Batu Tiga di sini hari ini.

Beliau menjelaskan isu kebajikan tidak boleh diletakkan di bahu Kerajaan Negeri semata-mata tetapi perlu dipikul oleh semua pihak.

Tegasnya, Kerajaan Negeri akan sentiasa memikirkan jaringan keselamatan untuk rakyat.

“Untuk perubahan ke arah itu pastinya boleh digemblengkan semua lapisan masyarakat terlibat secara langsung.

“Setiap orang akan menyumbangkan apa yang dia ada, yang dia mampu mengikut kapasiti masing-masing,” katanya.

Dalam majlis tersebut, Rodziah mengagihkan pakaian sumbangan orang ramai kepada penduduk miskin di DUN Batu Tiga sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.