Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor bawa pulang pelajar di Mesir berperingkat-peringkat

Program MBSA

SHAH ALAM 24 OGOS: Kerajaan Selangor berusaha membawa pulang rakyat negeri ini yang berada di Mesir secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan dan penerbangan ditetapkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha dijalankan dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Imigresen bagi memastikan segala urusan dijalankan secara tersusun dan lancar.
Beliau berkata, statistik terkini menyatakan lebih 1,300 rakyat Selangor menuntut di Mesir dengan lebih 40 orang dilaporkan sudah dihantar pulang.
Yakin ia selesai dalam masa satu hingga dua bulan, katanya, sebahagian pelajar tidak mahu pulang ke tanah air kerana menghadapi peperiksaan.
“Kita ada pegawai yang ditugaskan untuk menjaga penuntut yang berada di sana dan mereka yang akan memantau keadaan dan menyalurkan segala maklumat kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Program Gotong Royong Perdana Peringkat Selangor di sini, pagi ini.
Mesir bergolak selepas Presiden Mohamed Morsi yang dipilih secara demokratik tahun lalu, digulingkan rejim tentera negara itu pada 3 Julai lalu.
Mengikut laporan tidak rasmi, ribuan penyokong Morsi terkorban dalam keganasan yang didalangi rejim berkenaan.
– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.