Categories
NASIONAL SELANGOR

Anwar : Biadap, tangkap A.Samad Said tengah malam

pic sajak a samad said - 3 novSHAH ALAM 4 SEPT : Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dituntut memohon maaf kepada Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said kerana biadap menangkapnya pada waktu tengah malam, tegas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar di laman twitternya berkata, tindakan Polis itu tidak berperikemanusiaan kerana A.Samad Said sudah berumur 80 tahun dan tidak patut diperlakukan sedemikian.

“Kenapa tidak dapat mengadakan soal siasat pada waktu siang hari ?, ” soal Anwar.

Sebelum ini, A Samad berkata beliau sedia membantu siasatan sekiranya surat rasmi untuk berbuat demikian diserahkan kepadanya.

Beliau ditahan di rumahnya dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 1 pagi oleh tiga anggota polis.

Penahanan tersebut dipercayai berkaitan isu pengibaran bendera Sang Saka Malaya sewaktu A Samad Said mendeklamasi puisi pada malam ambang kemerdekaan.

Beliau dibebaskan kira-kira jam 2.30 pagi selepas disoal siasat selama hampir dua jam.- mza

Leave a Reply

Your email address will not be published.