Categories
NASIONAL SELANGOR

Cadangan rebat, bas perantara disambut baik

Rabat bas Perantara

SHAH ALAM, 24 SEPT : “Hanya kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyatnya, mampu menzahirkan idea seumpama itu,” demikian kenyataan kakitangan awam, Halijah Sinoh, 57 berhubung cadangan pemberian rebat oleh Kerajaan Negeri kepada kakitanganya yang menggunakan pengangkutan awam.

Dengan menyifatkan ia sebagai suatu berita gembira, kakitangan di Bahagian Korporat SUK itu berpendapat rancangan itu mampu mengurangkan kos sara hidup yang semakin menekan ekoran kenaikan harga minyak dan barangan.

“Sekurangnya-kurangnya insentif yang diberikan ini mampu mengurangkan kos perjalanan kakitangan ke tempat kerja. Kalau sehari kita berjaya jimat RM5 (Kenderaan sendiri), sebulan kita sudah ada lebihan RM150,” katanya.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam mengumumkan rancangan untuk memberi rebat kepada kakitangan Kerajaan Negeri yang menggunakan pengangkutan awam. Seiring dengan itu, Kerajaan Negeri juga bercadang unbtuk menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam seperti Terminal Bas di Seksyen 1, Shah Alam dan Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Seksyen 19, Shah Alam ke Bangunan SUK

Insentif itu membabitkan kakitangan awam di Bangunan SUK dan akan diperluaskan kepada kakitangan Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sementara itu, Fadhilah Mohd Zohdi, 29 berkata idea bernas bas perantara itu harus disusuli dengan perlaksanaan yang cekap agar tidak mendatangkan kesan negatif kepada kakitangan awam.

“Semua sedia maklum, jadual kerja kakitangan awam terbahagi kepada tiga waktu bekerja. diharap bas ada pada setiap jadual waktu kerja ini.

“Satu lagi yang saya terfikir, bagaimana sekirannya KTM ‘delay’ dan pada masa itu bas yang sepatutnya dinaiki kakitangan awam ini tiada,” soalnya.

Bagi Pengawal Keselamatan Bangunan SUK, Rahmat Muslimin, 50, beliau berpendapat pelaksanaan rebat pengangkutan awam itu mampu mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk.

“Sekiranya setengah daripada kakitangan SUK mengambil peluang menggunakan pengangkutan awam, setidak-tidaknya mampu mengurangkan jumlah kenderaan di dalam SUK.

“Masalah pakir juga dapat diatasi. Ia juga memudahkan pelanggan dan rakyat yang mahu berurusan dengan agensi Kerajaan Negeri untuk pakir di dalam kawasan SUK,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.