Categories
SELANGOR

AKTIVITI YB: 40 set kerusi, meja untuk KAFA Jalan 6

PENGURUSAN Sekolah KAFA Integrasi Jalan 6 Bandar Baru Bangi menarik nafas lega menjelang sesi persekolahan 2014 yang bermula Khamis ini.

Ia berikutan sekolah itu menerima sumbangan 40 set meja dan kerusi sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Ustaz Shafie Ngah.

Dalam ucapan pada majlis penyerahan, beliau menerangkan dasar kerajaan Selangor yang memandang bidang pendidikan sebagai aset utama dalam melahirkan kecemerlangan insan.

Katanya, sebanyak RM26 juta atau mewakili 18 peratus Belanjawan Selangor dikhusus untuk pendidikan.

serah meja utk jln 6_2

“Keselesaan anak-anak sewaktu menuntut ilmu wajar kita teliti bersama-sama pencapaian cemerlang yang kita harapkan.

“Ini bantuan sesi pertama yang kita hulurkan dan kita akan melihat aspek lain yang mampu kita beri agar kecemerlangan berterusan,” katanya.

Sekolah yang diketuai Jamil Ujang itu mempunyai bilangan pelajar seramai 460 orang dengan tenaga pengajar seramai 17 orang.

serah meja utk jln 6

Pada 2010 , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meluluskan peruntukan RM450,000 untuk membina bangunan baru yang mempunyai sembilan kelas.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.