Categories
NASIONAL

Fuziah lahir kebimbangan kesan banjir akan sebar bahan radioaktif loji LYNAS

SHAH ALAM 13 DIS : Banjir besar yang melanda Kuantan, baru-baru ini menimbulkan kebimbangan ekoran kesan banjir itu akan menyebarkan bahan radioaktif dari Loji LYNAS di Gebeng.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata beliau bimbang jika kandungan bahan radioaktif larut di dalam banjir dan bertebaran ke merata tempat.

fuziahsallehKatanya, tahap radiasi bahan radioaktif di LYNAS dikurangkan daripada 6.2 Becquerel per gram (Bq/g) kepada 1 Bq/g supaya bahan itu tidak lagi dipanggil radioaktif.

“Klasifikasi tahap bahaya radiasi sudah kerajaan cairkan (dilute) supaya kurang daripada tahap bahaya.

“Kesannya akan tetap sama. Bahkan lebih buruk kerana bahan yang sudah ‘dilute’ akan menjadi lebih banyak dan bertebaran ke merata-rata,” kata Fuziah yang memetik laporan Keadilan Daily.

Fuziah berkata, walaupun tidak lagi diklasifikasikan sebagai radioaktif, namun jumlah bahan radioaktif yang tercemar ke bumi tetap sama.

“Ini adalah tindakan tidak beretika yang dilakukan terhadap alam sekitar kita,” katanya.

Beliau turut kesal apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan menjawab soalan diajukan wartawan berhubung keadaan loji LyYNASZ ketika banjir.

“Rakyat mahukan penjelasan. Bukannya sikap membisu menteri yang seakan menganggap isu ini tidak penting,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.