Categories
SELANGOR

Pelajar Jepun tanam pokok buahan di Hutan Bandar Putrajaya

Oleh Lizawati Madfa

CYBERJAYA 6 DIS: Memasuki tahun keempat penganjuran, Program Tanam Pokok 2013 Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) kali ini bukan lagi sekadar menanam pokok hutan.

Sebaliknya, Ahli Majlis MPSP, Lau Weng Chan berkata program ini menyaksikan 40 anak pokok buah-buahan tempatan ditanam di sekitar Hutan Bandar Putrajaya.

DSC_0303a“Tahun ini kita tampilkan kelainan agar peserta bukan sahaja dapat melihat pokok mereka membesar tetapi juga dapat menikmati hasilnya.

“Jadi bila-bila masa mereka datang ke Malaysia, mereka boleh singgah menikmati buah-buahan tempatan yang ditanam sendiri,” katanya.

Beliau mencetuskan idea mempelawa pelajar Jepun untuk menyertai program penananam pokok yang mula dilaksanakan sejak 2010.

Seperti tahun sebelumnya, program itu melibatkan 170 pelajar Sekolah Tinggi Nagasaki Nichidai, Jepun.

DSC_0314aSeorang daripadanya, Yuumi Yamasaki 17, mahu kembali ke Malaysia semula untuk menikmati hasil buah-buahannya yang ditanamnya sendiri.

“Walaupun hujan, saya berkesempatan menanam pokok manggis kerana saya suka rasa buah manggis,” katanya.

Terdahulu, mereka dijamu keenakan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, cempedak, jambu batu dan pulasan.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.