Categories
AGENDA NASIONAL

Tanam 100 juta pokok ganti hutan diteroka

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kerajaan menyasarkan untuk menanam 100 juta pokok untuk tempoh lima tahun akan datang dalam usaha memulihara dan menghijau kembali kawasan hutan yang telah diteroka.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr A. Xavier Jayakumar berkata, kesemua pokok ditanam itu memerlukan pengawalseliaan rapi dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM48,000 bagi setiap hektar, sepanjang tempoh tiga tahun penjagaan.

“Tanam semula pokok di hutan ini bukan senang kerana untuk jaga ia memerlukan tempoh tiga tahun. Kita kena tanam dan pastikan tingginya tiga hingga empat meter sebelum biarkan ia jadi pokok besar.

“Tetapi sebelum itu, kita kena kawal dan kena (letak) baja…peruntukan kerajaan untuk Rancangan Malaysia ke-11 adalah RM150 juta yang mana kita telah tanam beberapa ribu hektar dan separuh daripada peruntukan untuk kawal selia tanaman,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Jelas Xavier, kerjasama pelbagai pihak seperti syarikat korporat dan swasta turut diperlukan bagi menjayakan usaha murni itu.

Sementara itu, menyentuh tentang keluasan tadahan air negara, beliau berkata, sehingga 31 Disember tahun lepas, seluas 9,823 hektar kawasan dalam hutan simpanan kekal telah diwartakan sebagai kawasan tadahan air.

“Kementerian melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memantau status pewartaan kawasan hutan tadahan air dalam hutan simpanan kekal dan melaporkan status berkenaan dalam Mesyuarat Tanah Negara,” katanya.

– BERNAMA

Categories
PBT SELANGOR

MPK tanam pokok atasi masalah sampah haram

OLEH HAFIZAN TAIB

KLANG, 23 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melaksanakan inisiatif menanam 166 pokok jenis ‘Eugenia’, di beberapa lokasi sekitar bandar itu bagi mengatasi masalah pelupusan sampah haram daripada berulang.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, langkah bijak itu dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Jawatankuasa Penduduk (JKP) bagi menunaikan tanggungjawab menghijaukan alam sekitar.

Katanya, program itu bertujuan membanteras pihak tidak bertanggungjawab daripada terus melonggok sampah secara haram di lokasi berkenaan.

“Mengikut data operasi, 154,296.25 tan sampah dibersihkan di sekitar Klang sehingga September dan 28,324.49 tan sampah haram (Januari September lalu) dibersihkan dengan sebahagian besarnya dari tapak pembuangan sampah haram.

“Saya berharap aktiviti ini akan menyemai budaya menjaga kebersihan dan pemeliharaan persekitaran hijau dalam kalangan warga Klang,” katanya.

Beliau seterusnya berkata, masyarakat perlu berperanan sebagai warga lebih peka dan bertanggungjawab dengan menghubungi Pihak Berkuasa Tempatan itu apabila ternampak pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah secara haram.

Mohamad Yasid berkata, MPK menghargai komitmen ditunjukkan JKP dan ahli majlis yang banyak membantu dalam program penanaman pokok, di 21 lokasi di bandar itu.

“Daripada jumlah itu, 17 daripadanya berjaya ditutup dan beberapa langkah proaktif untuk mengurangkan masalah pembuangan sampah secara haram termasuk penguat kuasaan sentiasa diperhebat dari masa ke masa.

“Sebanyak 27 kenderaan juga disita sehingga September lalu dan 87, pada tahun lalu kerana kesalahan itu,” katanya.

Categories
PBT

MPK, INTAN tanam 500 Eugina Sepsis dan Buchina

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG, 8 MEI: Sebanyak 500 pokok hiasan ‘Eugina Sepsis’ atau lebih dikenali pokok kelat paya dan pokok Buchina ditanam Majlis Perbandaran Klang (MPK) membabitkan 42 peserta dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara di Kolam Tadahan Laman Impian, Ambang Botanik 2, di sini.

Program gerak kerja sosial kesihatan dan menanam pokok itu dirasmikan Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan Setiausaha MPK, Adi Faisal Ahmad Tarmizi.

Adi Faisal berkata, program itu turut membantu peserta dan komuniti untuk membuat pemeriksaan secara percuma selain daripada mengindahkan kawasan tanam.

IMG_3776“Peserta dan pengunjung yang hadir juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan serta nasihat daripada Jabatan Kesihatan Daerah yang terdiri daripada beberapa doktor perubatan.

“Pemeriksaan percuma ini membolehkan masyarakat sedar pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, ia dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pemimpin serta komuniti,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, dengan adanya program komuniti terbabit ia dapat menyumbang faedah nyata kepada masyarakat khususnya penduduk setempat dan persekitaran.

“Malah, ia memberi impak serta ‘outcome’ yang positif kepada pihak berkaitan,” katanya.

Peserta INTAN dari ALMP (Advance Leadership and Management) siri 54 itu terdiri daripada Yang DiPertua MPK, Dato’ Yasid Bidin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Mas Abdul Rahman Mas Mohamed.

Categories
SELANGOR

Masyarakat sambut baik usaha tanam pokok pelihara pantai

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 6 OGOS: Masyarakat menyambut baik dan menyokong usaha penanaman pokok bakau dan rhu dijalankan pihak berkuasa kerana ia memberi kebaikan ke arah pengekalan alam sekitar di sesuatu kawasan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Sepat, Ng King Bun, berkata usaha terbabit memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak bagi merealisasikannya.

interview rhu 1“Ia usaha berguna apabila menimbulkan kesedaran kepada komuniti bagi menjaga alam sekitar dan pesisir pantai.

“Komuniti setempat sewajarnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi mengekalkan kawasan diduduki mereka untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya kepada Selangorkini.

Penduduk Orang Asli, Ewen a/l Lokman berkata, program dijalankan itu membawa kebaikan kepada semua pihak terutama masyarakat setempat berikutan ia mampu mengekalkan kawasan sedia ada selain menjadi lebih bersih.

interview rhu 2“Saya bersama penduduk kampung lain gembira dengan usaha ini kerana banyak mendatangkan faedah kepada semua.

“Bila pokok ditanam, ia mengelak hakisan pantai serta keadaan lebih baik apabila pokok ditanam membesar dan subur,” katanya selepas program penanaman pokok bakau dan rhu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan komuniti Orang Asli Tanjung Sepat di Pantai Cunang di sini.

Program penanaman pokok itu dirasmikan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong dengan anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

EZY

Categories
SELANGOR

Tanam pokok elak pantai diancam hakisan

Oleh: HAFIZAN TAIB

TANJUNG SEPAT, 5 OGOS: Penanaman pokok bakau dan rhu di kawasan pesisir pantai mampu mengekalkan pantai daripada mengalami hakisan laut dan mengancam kawasan sekitarnya.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata usaha dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama beberapa pihak berkuasa lain bertepatan dengan pelan pelaksanaan pengurusan pantai bersepadu.

Tanam pokok rhu 4Katanya, memelihara kawasan pesisir pantai bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tetapi juga melibatkan masyarakat dan komuniti setempat.

“Ini kerana kesedaran betapa pentingnya kebersihan pantai perlu wujud dalam diri kita. Sikap kita sendiri sebenarnya menjadi pemangkin kepada kesejahteraan alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa program penanaman pokok bakau dan rhu bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan komuniti Orang Asli Tanjung Sepat di Pantai Cunang di sini, hari ini.

Elizabeth pokok rhu 2Selain LUAS selaku penganjur, program itu turut membabitkan agensi seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Elizabeth berkata, pemilihan pokok bakau dan rhu adalah tepat kerana kedua-dua jenis pokok itu penting kepada alam sekitar dan ekosistemnya.

Katanya, dengan struktur akar yang kuat, semua pokok itu berfungsi mencegah hakisan tanah pantai dengan cara memecah, menahan dan mengurangkan kesan tiupan angin atau pukulan ombak laut.

“Apa yang kita lakukan hari ini adalah tanggungjawab yang perlu bagi memastikan keindahan alam semula jadi ini dirasai generasi akan datang.

“Mereka juga melakukan perkara sama untuk generasi seterusnya,” katanya.

EZY

Categories
SELANGOR

Pelajar Jepun tanam pokok buahan di Hutan Bandar Putrajaya

Oleh Lizawati Madfa

CYBERJAYA 6 DIS: Memasuki tahun keempat penganjuran, Program Tanam Pokok 2013 Majlis Perbandaran Sepang (MPSP) kali ini bukan lagi sekadar menanam pokok hutan.

Sebaliknya, Ahli Majlis MPSP, Lau Weng Chan berkata program ini menyaksikan 40 anak pokok buah-buahan tempatan ditanam di sekitar Hutan Bandar Putrajaya.

DSC_0303a“Tahun ini kita tampilkan kelainan agar peserta bukan sahaja dapat melihat pokok mereka membesar tetapi juga dapat menikmati hasilnya.

“Jadi bila-bila masa mereka datang ke Malaysia, mereka boleh singgah menikmati buah-buahan tempatan yang ditanam sendiri,” katanya.

Beliau mencetuskan idea mempelawa pelajar Jepun untuk menyertai program penananam pokok yang mula dilaksanakan sejak 2010.

Seperti tahun sebelumnya, program itu melibatkan 170 pelajar Sekolah Tinggi Nagasaki Nichidai, Jepun.

DSC_0314aSeorang daripadanya, Yuumi Yamasaki 17, mahu kembali ke Malaysia semula untuk menikmati hasil buah-buahannya yang ditanamnya sendiri.

“Walaupun hujan, saya berkesempatan menanam pokok manggis kerana saya suka rasa buah manggis,” katanya.

Terdahulu, mereka dijamu keenakan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, cempedak, jambu batu dan pulasan.

– FZL