Categories
SELANGOR

MCA tiada hak moral kritik MB- Tony Pua

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 12 JAN : MCA tidak mempunyai hak moral untuk mengkritik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu mengendalikan cara pemeriksaan Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata MCA tidak mempunyai hak untuk mengkritik Kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) kerana PR Selangor mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah berbangkit itu berbanding MCA.

pix-for-wawancara-tony-pua-DALAM1“MCA tidak mempunyai hak moral untuk meletakkan kesalahan ke atas Kerajaan Negeri Selangor yang sedang berusaha keras menyelesaikan masalah itu.

“Sekurang-kurangnya, Menteri Besar menawarkan penyelesaian bukan berlandaskan politik,” katanya dalam kenyataan media.

Baru-baru ini, sekumpulan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan diiringi dua anggota polis membuat pemerikasaan pejabat PBM di Damansara Kim.

Mereka mengambil lebih 300 naskah Bible dan Bup Kudus manakala dua ahli PBM dibawa ke Balai Polis Damansara.

Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata MCA sebenarnya yang gagal dalam melindungi kebebasan perlembagaan bagi orang bukan Islam sejak 25 tahun lalu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.