Categories
SELANGOR

Exco: Lukisan mural Kampung Bagan Sungai Lima tarik pelancong

KLANG 24 FEB: Aktiviti lukisan mural bukan sahaja memberi peluang kepada artis tempatan menonjolkan kreativiti ,malah juga menceriakan dan menjadikan Kampung Bagan Sungai Lima di sini lebih menarik kepada pelancong.

sglima01Exco Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata,lukisan mural itu dilakukan oleh para artis dari Persatuan Kesenian Sasaran,baru-baru ini.

Menurutnya, projek fasa pertama untuk sembilan lukisan mural telah selesai, fasa kedua dijangka akan bermula pada bulan April ini.

sg05“Pelbagai lukisan mural yang kreatif dan berwarna-warni,membuatkan persekitaran kampung menjadi lebih menarik,penduduk amat gembira dengan perubahan ini,” kata Ean Yong.

Beliau berkata, Kampung Bagan Sungai Lima adalah kawasan bagan pertama yang mejalankan aktiviti lukisan mural di Selangor.

sglima04Katanya,memandangkan aktiviti seperti ini semakin popular, Kerajaan Negeri mengalakkan lebih ramai artis ke dalam bidang penciptaan seni, untuk meningkatkan pembangunan pelancongan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.