Categories
SELANGOR

Exco: Usaha dipergiat tangani wabak denggi

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 25 FEB : Kerajaan Selangor komited memerangi wabak Denggi dengan menggerakkan seluruh agensi terlibat untuk bekerja keras mengekang wabak itu dari terus menular di negeri itu.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata usaha yang digembeleng bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dipantau dan bincangkan dalam mesyuarat mingguan.

daroyah aedes“Menerusi mesyuarat itu, kami terima laporan berhubung status kes denggi terkini daripada JKNS dan laporan tindakan yang diambil semua PBT dalam menangani kes-kes denggi ini kawasan mereka.

“Dalam mesyuarat itu, kita juga bincangkan usaha dan tindakan seterusnya bagi memerangi wabak ini,” jelasnya ketika dihubungi Selangorkini.

Daroyah berkata usaha yang diambil Kerajaan Selangor itu sekaligus membidas tohmahan yang dilemparkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang mendakwa kononnya agensi kerajaan negeri khususnya PBT tidak memberi kerjasama sebaiknya dalam menangani masalah denggi.

Subramaniam juga dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa mengambil alih peranan PBT dalam mengawal penularan wabak denggi.

“Dakwaan menteri itu sama sekali tidak benar, kesemua 12 PBT di Selangor telah bekerja keras selama tiga bulan ini.

Gempur Aedes 01“Pelbagai program pencegahan Aedes dilakukan termasuk kempen kesedaran kebersihan kepada orang awam dan menganjurkan gotong-royong bersama penduduk di ‘hot spot’ yang dikenalpasti,” katanya.

Daroyah berkata, KKM tidak sewajarnya menjadikan angka peningkatan kes denggi di Selangor sebagai modal untuk menghukum kononnya Kerajaan Selangor tidak serius membendung wabak denggi.

“Statistik Selangor tinggi (kes Denggi) adalah kerana Selangor ini negeri tumpuan. Lembah Klang sebagai kawasan urban dengan populasi penduduknya yang padat sudah tentu jumlah sampahnya juga lebih daripada tempat lain.

“Biarpun statistik tinggi, Selangor berjaya mengatasi kes kematian akibat denggi. Sebagai contoh 2013, Selangor mencatatkan lebih 24,000 kes Denggi tetapi berjaya meminimakan angka kematian.

“Berbanding tempat (negeri) lain, kesnya rendah tetapi angka kematiannya jauh lebih tinggi dari Selangor. Ini bermaksud Selangor berjaya tangani kes denggi dengan baik,” jelasnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.