Categories
NASIONAL

Malaysia perlu henti hubungan dengan Mesir, bantah sistem politik diktator

SHAH ALAM, 28 MAC: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan Malaysia menggantung hubungan dengan Mesir sehingga keadaan di negara itu kembali stabil .

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata hal itu kerana tindakan mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 penyokong Ikhwal Muslimin yang disifatkan paling luar biasa dan tidak mengikut proses undang-undang sebenar.

“Kami berpendirian adalah tindakan munasabah untuk Malaysia mengambil sikap jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid,“Kerajaan Malaysia harus berani menunjukkan contoh tidak berkompromi dengan kezaliman di mana sahaja ia berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Azmi berkata, Malaysia perlu mengusulkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara Islam (OIC) supaya mengambil tindakan ke atas Mesir yang tidak menunjukkan tanda akan keluar daripada pemerintahan ketenteraan.

“Sebagai negara OIC yang penting, Malaysia perlu mengkaji semula hubungannya dengan Mesir ekoran tindakan rejim tentera negara itu yang melanggar hak asasi manusia dan kembali kepada zaman pemerintah diktator.

“Kami ingin mengingatkan kerajaan Malaysia, Mesir adalah negara Timur Tengah yang penting. Penentangan rakyat akibat pemerintahan tentera yang diktator akan menjadikan Mesir sebagai sebuah lagi negara yang akan musnah seperti Syria dan Iraq.

1975020_678118562229653_612266093_n“Seperti yang dialami rakyat Syria, kini rakyat Mesir berhadapan dengan rejim Fatah El-Sisi yang ghairah untuk merebut kuasa,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Azmi turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan Speaker Parlimen Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul Pakatan Rakyat untuk membahaskan keputusan hukuman mati itu dengan alasan menghormati perundangan Mesir.

Mohd Azmi berkata, alasan itu sangat lemah, bahkan PBB juga melihat hukuman itu sebagai melampaui proses undang-undang yang biasa dan tidak memenuhi kualifikasi proses pembicaraan yang boleh diterima masyarakat antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.