Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: Kerajaan Pusat patut serius pantau projek MRT

Oleh: Norhayati Umor

SHAH ALAM 18 MAC : Jawatankuasa Pemandu dalam pemantauan pembinaan projek MRT perlu lebih bertanggungjawab dan memastikan kerja dilaksanakan dengan cekap ekoran kekerapan kerosakan utiliti yang menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, berkata Kerajaan Pusat perlu mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan perkara yang mengganggu penduduk berulang.

nurul izzah parlimen 11.10.2012 01“Jawatankuasa Pemandu, Jawatankuasa Eksekutif serta Jawatankuasa Teknikal yang melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat perlu segera menjalankan tanggungjawab lebih teliti agar projek ini dapat diselesaikan segera.

“Kegagalan kerajaan untuk merancang, adalah merancang untuk gagal. Janganlah tambahkan bebanan rakyat dengan yang sudah dibebankan dengan kesesakan akibat perjalanan projek MRT dengan kegagalan perancangan yang baik,” katanya.

Beliau berkata dengan pertambahan kos bagi jajaran MRT yang pertama dari Kajang ke Sungai Buloh, sebanyak RM23 bilion (2014) meningkat daripada RM18 bilion (2011), namun rakyat dibelenggu kejadian kerosakan utiliti dalam proses pembinaan jajaran bawah tanah MRT.

“Ia menyebabkan akan menelan kos sebanyak RM172 juta buat kerja pembaik-pulihan yang tentunya akan meningkatkan kos keseluruhan pembinaan MRT,” katanya dalam kenyataan media.

Izzah berkata mengikut perancangan asal, projek MRT itu akan mempunyai 12 laluan bawah tanah dan tujuh laluan atas tanah.

“Laluan-laluan bawah tanah ini hanya boleh dibina berdasarkan peta utiliti bawah tanah yang sewajibnya dibekalkan oleh syarikat-syarikat utiliti dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

“Malangnya, dalam proses pembinaan jajaran MRT, yang kini siap 40 peratus, telah direkodkan sebanyak 97 kes kerosakan utility, termasuk 51 yang melibatkan SYABAS dan 27 kes melibatkan Tenaga Nasional Berhad,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.