Categories
SELANGOR

SELCAT: MB tidak pernah tandatangan surat gugur Azmin

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 25 MAC: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan tidak pernah menandatangani sebarang surat yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali digugurkan daripada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau mengesahkan, hanya menerima surat pelantikan Datuk Teng Chang Khim sebagai Ahli Lembaga Pengarah baru dan bersetuju untuk menandatanganinya.

“Saya tidak dimaklumkan langsung berkenaan surat pengguguran itu dan tidak pernah lihat.

IMG_3354“Saya hanya dimaklumkan berkenaan pelantikan Chang Kim sebagai Ahli Lembaga Pengarah baru dan bersetuju,” katanya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) di Dewan Annex, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut menjangkakan siasatan berhubung kedudukan Azmin akan selesai dalam tempoh dua bulan sejak kes itu mula timbul, pada Januari lalu.

Beliau berkata, siasatan itu diserahkan sepenuhnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat penilaian dan menetapkan sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

IMG_3401“Saya tidak mempunyai kuasa sama ada untuk mempercepatkan siasatan kerana tidak dibenarkan untuk masuk campur atau terbabit sama.

“Kita perlu serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab, saya tidak ada kuasa untuk kata perkara itu harus selesai segera,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.