Categories
NASIONAL

Anugerah RM16juta cari pesawat MH370

SHAH ALAM 8 JUN: IndieGogo, laman web pengumpul dana, melancarkan kempen mendapatkan AS$5 juta (RM16.065 juga) daripada orang awam untuk dianugerahkan kepada mana-mana firma atau individu yang dapat membekalkan maklumat penting bagi membolehkan pesawat hilang MH370 ditemui.

Laman untuk sumbangan itu akan dilancarkan hari ini, dijadual pada jam 8 malam, kebetulan tiga bulan selepas pesawat Malaysia Airlines itu hilang dari radar awam apda 8 Mac.

Stealth MH370Dalam kenyataan hari ini, pihak yang melancarkan program itu berkata, sebuah secure website akan dilancarkan seminggu daripada sekarang, atau 15 Jun, bagi mengendalikan kesemua makluman berhubung lokasi pesawat itu.

Pesawat Boeing 777-200ER itu hilang pada awal pagi pada 8 Mac ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing.

Pencarian membawa kepada Selat Melaka dan sehinggalah ke Lautan Hindi tetapi belum membuahkan sebarang hasil.

“Lebih banyak (sumbangan) dikumpul, habuannya akan lebih tinggi, dan mendorong lebih ramai lagi pihak tampil ke depan,” menurut kenyataan itu dipetik Malaysiakini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.