Categories
SELANGOR

Kerajaan Negeri fokus baiki 1,717 rumah PPR

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 19 JUN : Kerajaan Negeri memfokuskan untuk membaik pulih semula sejumlah 1,717 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di empat kawasan di Selangor.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata kos untuk membaikpulih bagi setiap satu kediaman adalah RM3,000 dan ditanggung sepenuhnya oleh anak syarikat Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

grafik-DNSBagaimanapun katanya anak syarikat LPHS terbabit hanya mampu untuk membaiki 20 unit rumah pada setiap bulan kerana terpaksa bergantung kepada bayaran rumah sewa bagi proses baikpulih.

“LPHS sudah diarahkan untuk membuat kertas kerja dan maklumkan kepada mesyuarat Exco supaya mengeluarkan dana bagi membolehkan urusan baikpulih dapat dipercepatkan.

“Kita perlu lakukan segera (baikpulih) supaya kediaman itu dapat dipenuhi secepat mungkin,” katanya pada sesi penggulungan di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, semalam.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, berkata kadar rumah sewa kepada penghuni PPR hanya akan dikekalkan pada nilai RM124 sebulan sekiranya pendapatan mereka di bawah RM1,500.

“Dari pada sidang dewan lepas, kita sudah maklumkan bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM,1500 sebulan hanya perlu bayar sewa  RM124 sebulan, manakala yang berpendapatan lebih daripada itu bayar RM250,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.